Selesaikan masalah di Bongawan dan Membakut sebelum pindahkan KKIA – Warisan

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri disaran untuk menfokuskan sumber, dana dan tenaga untuk menyelesaikan masalah banjir, infrastruktur yang buruk dan bekalan elektrik yang tidak menentu di Bongawan dan Membakut dan bukannya berulang-kali membangkitkan cadangan untuk memindahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Kimanis.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Kimanis, Tailin Mainan berkata demikian ketika membidas kenyataan ADUN GRS bagi Sindumin, Dr Yusof Yacoob tentang perpindahan KKIA ke Kimanis.

Tailin menyatakan bahawa beberapa kawasan di Bongawan dan Membakut telah berulang kali ditenggelami lumpur akibat banjir tahun ini dan setakat ini, tidak ada sebarang tindakan oleh Kerajaan Negeri untuk mendalamkan dan nelebarkan Sungai Membakut yang ramai percaya perlu dilaksanakan.

“Ramai penduduk kampung telah kehilangan harta benda dan tanaman mereka akibat banjir walaupun masalah ini telahpun disiarkan dalam akhbar tempatan berkali-kali.

Sebilangan komuniti disini kini syak bahawa ada agenda tersembunyi dan jahat yang sengaja dilakukan untuk menurunkan harga tanah di Membakut untuk membolehkan pihak yang tidak bertanggungjawab membelinya dengan harga yang sangat rendah daripada penduduk kampung yamg sudah berputus asa.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri mesti melihat masalah banjir ini secara telus untuk mengembalikan semula keyakinan warga Membakut.”

Tailin juga berkata tidak ada perbezaan di mana lokasi sebenar lapangan terbang itu kerana pembangunan berterusan di kedua-dua Bongawan dan Membakut semestinya akan terjadi untuk memenuhi keperluan yang dijana oleh lapangan terbang itu.

“Kerja-kerja penambakan atau menimbun tanah pada masa hadapan boleh menyebabkan masalah besar kepada penduduk Kimanis apabila amalan pembinaan yang buruk dengan ketiadaan tebatan banjir atau penaikkan taraf sistem perparitan akan menyebabkan banjir besar di sini.

10 atau 15 tahun dari sekarang, pemimpin GRS yang mendesak perpindahan (yang tidak pun tinggal di sini) mungkin tidak ada lagi untuk memikul apa-apa tanggungjawab tetapi anak-anak kita yang akan mewarisi tanah pusaka di Bongawan dan Membakut lah yang akan menderita.

Jadi melainkan jika Kerajaan Negeri menyediakan pelan pembangunan masa depan yang telus dan terperinci untuk Bongawan dan Membakut dan seterusnya, memulakan projek tebatan banjir yang telah lama ditunggu-tunggu termasuklah dengan membina longkang monsun yang betul, kita tidak nampak sebabnya mengapa kita perlu menyokong perpindahan ini,” katanya.

Dr Yusuf yang juga merupakan Pengerusi Qhazanah Sabah Sdn. Bhd. berkata dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri baru-baru ini bahawa pemindahan KKIA ke Kimanis adalah penting untuk menangani kesesakan di lapangan terbang dan kini menunggu kelulusan Kerajaan Negeri untuk memulakan pembinaan.

“Kami bersyukur unit JPRN parti akan menjadikan tebatan banjir dan menaiktaraf /penyelenggaraan sistem perparitan sedia ada, bukan sahaja di Bongawan dan Membakut malah daerah lain yang sering dilanda banjir, sebagai agenda utama sebaik parti ini membentuk Kerajaan Negeri yang baru nanti.

Jelas Dr Yusof dan GRS tidak mengetahui bahawa pembangunan kawasan berbukit di Moyog yang berleluasa awal 2000-an yang ditambah pula dengan amalan pembinaan yang buruk dan pengurusan perparitan yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan banjir telah berulang kali terjadi di daerah Penampang pada hari ini.

Jadi bagaimana kita boleh menyokong cadangannya itu?” katanya mengakhiri.

  • Related Posts

    Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

    Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600…

    Read more

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *