Vivian memilih untuk terus tagih simpati.

Di sini, saya ingin menyuarakan pandangan saya berhubung dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini di mana Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong yang mengeluarkan kenyataan tentang ketidakpuashatian beliau terhadap ucapan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal berkaitan dengan mendiang ayah beliau, Datuk Stephen Wong. Walaupun baru balik dari kerja luar daerah dan baru mengetahui berkenaan isu ini saya tetap perlu memberi pandangn berkenaan isu ini.

Saya berasakan bahawa Vivian boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah jika beliau merasakan ada keperluan untuk berbuat demikian. Saya tidak ada masalah jika itu adalah keputusan beliau. Namun, perkara tersebut membabitkan perbualan atau pun hubungan di antara mendiang Stephen dan Shafie, jadi berkemungkinan tidak dapat diselesaikan kerana perkara tersebut berlaku di belakang tabir dan tidak dapat dibuktikan.

Vivian memilih untuk terus menagih simpati kepada orang umum dengan membangkitkan isu yang tidak wajar tersebut, seolah-olah ingin mengalihkan perhatian daripada isu sebenar. Dia sendiri merupakan seorang MP yang tidak ada komitmen dalam menyuarakan masalah-masalah penduduk Sandakan seperti masalah air masin.

Vivian hanya tahu meminta simpati tetapi seringkali mengecewakan pengundi-pengundinya namun dia tidak sedaya upaya membawa isu Sabahan ke peringat parlimen khususnya bagi membela nasib penduduk Sandakan. Saya rasa Vivian patut menumpukan perhatian beliau ke dalam perkara yang lebih mustahak, iaitu untuk mendapatkan peruntukan untuk pembangunan Sandakan.

Saya harus mengingatkan kesemua pihak bahawa perkara tentang mendiang Stephen bukanlah fokus di dalam ucapan Datuk Seri Shafie Apdal, kerana apa yang cuba disampaikan beliau adalah tentang sesebuah parti yang mana bukan parti tempatan Sabah sentiasa berdepan dengan halangan dalam memperjuangkan hak Sabah kerana mereka mempunyai ketua yang berada di Semenanjung Malaysia, dan bukan di Sabah.

Apakah parti Semenanjung ini akan dapat melawan kata-kata atau arahan daripada kepimpinan parti mereka yang berada di Semenanjung, jika kempimpinan mereka tidak dapat memperjuangkan hak-hak Sabah seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)?

Hakikatnya, masalah-masalah di Sabah terutamanya di daerah Sandakan ini masih banyak yang belum selesai, dan kita juga tidak melihat ada sebarang perkembangan dan kemajuan di daerah ini. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, daerah Sandakan tidak ada perubahan dan perkembangan dari segi infrastruktur dan juga ekonomi, sekaligus membuatkan peluang pekerjaan di Sandakan semakin berkurangan, membuatkan anak-anak muda kita terpaksa berhijrah jauh untuk mencari rezeki.

Jika hak-hak Sabah masih dilengahkan dan dilambatkan, maka masalah-masalah ini tidak akan selesai di dalam masa terdekat. Dengan itu, saya ingin menegaskan bahawa mana-mana pihak boleh membawa ketidakpuashatian mereka ke mahkamah, namun janganlah lupa tentang perkara yang lebih mustahak, iaitu masalah kehidupan harian rakyat yang semakin sempit dan mendesak yang memerlukan tindakan dan perubahan yang segera.

Parti semenanjung sentiasa memberi janji untuk mengembalikan hak-hak rakyat Sabah, namun, sampai bila harus kita tunggu? Jika kita terus memberi sokongan kepada parti yang “menundukkan kepala” dan akur kepada arahan kempininan mereka di Semenanjung, maka semakin jauh lah kita dari memperolehi hak-hak kita untuk pembangunan Sabah.

Semua juga sedar dan tahu Putrajaya telah melanggar MA63 dan sumber-sumber yang kita ada diambil untuk pembangunan yang tertumpu Semenanjung, sementara di Sabah kita masih tidak ada jalan raya yang bagus, bekalan elektrik dan air yang normal, dan tidak ada pembangunan yang pesat dan peluang pekerjaan yang banyak. Adakah parti Semenanjung akan bantu Sabah untuk menegakkan keadilan ini?

Dalam masa itu, Vivian turut membabitkan nama saya sebagai seorang ADUN lompat semasa mengeluarkan kenyataannya. Mungkin vivian tidak faham bahawa melompat dan dibuang dari Parti itu adalah dua perkara yang amat berbeza.

Saya ingin menegaskan disini Sekiranya saya sememangnya ingin melompat atas kepentingan diri saya sendiri, saya pasti kini saya berada dalam posisi kerajaan. Hala tuju saya cukup jelas bahawa saya sememangnya ingin memperjuangkan hak-hak orang Sabah tanpa penglibatan daripada Pemimpin Semenanjung.

YB Calvin Chong Ket Kiun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura
31 Julai 2024

  • Related Posts

    Sabah Tidak Akan Maju dengan Mentaliti ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ — Warisan Seru Kepimpinan Berintegriti, Ada Visi dan Berdisiplin.

    KOTA KINABALU: Parti Warisan hari ini ingin merujuk kepada kenyataan terbaharu oleh Datuk James Ligunjang bertajuk “Sabah’s Remarkable Rise” yang disiarkan dalam JesseltonTimes. James sekali lagi mengulangi alasan lapuk yang…

    Read more

    Sabah Cannot Progress with ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ Mentality — We Need Leaders with Integrity, Vision and Discipline.

    PARTI Warisan today would like to refer to the latest statement by Datuk James Ligunjang, titled Sabah’s remarkable rise, JesseltonTimes. James continues parroting the same tired excuses while failing to grasp…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *