Bahaya Tanah Runtuh di Putatan.

PUTATAN : Hujan lebat yang turun selama beberapa hari telah mengakibatkan satu kejadian tanah runtuh di Kampung Lokkawi Baru Putatan.

Ketua Sayap Wanita Warisan Bahagian Putatan, Puan Juriah Uda telah turun melawat tempat kejadian dan telah diberitahu bahawa kejadian tanah runtuh ini berlaku dua kali dalam masa seminggu.

Pada kejadian pertama, tanah dibawah halaman rumah telah runtuh dan mengakibatkan sebahagian halaman rumah berlubang.

Kejadian kedua pula terjadi selang 3 hari kemudiannya dan mengakibatkan lereng bukit runtuh menyebabkan laluan masuk ke beberapa buah rumah disitu terhalang.

Selain daripada itu,  pokok buah-buahan milik Encik Muhamad Din turut tumbang akibat tanah runtuh tersebut.

Tuan rumah dan serta ahli keluarganya telahpun berusaha untuk membersihkan timbunan tanah untuk membolehkan laluan digunakan seperti sedia kala.

Mereka menyuarakan kebimbangan perkara yang lebih serius akan terjadi jika tidak ada mitigasi segera daripada pihak Kerajaan terhadap bahaya yang sudah pastinya akan mengancam harta benda dan nyawa mereka sekeluarga serta jiran-jiran berdekatan.

Puan Juriah Uda
Ketua Wanita, Parti Warisan Putatan
24 Ogos 2024

  • Related Posts

    Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

    Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600…

    Read more

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *