Kerajaan GRS dan MP Penampang Gagal

PENAMPANG : Parti Warisan menyatakan penghargaan parti tersebut kepada Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat dan Penasihat Kehormat Moyog, John Ambrose kerana menyatakan kegagalan Ahli Parlimen Penampang yang sudah memegang jawatan sebagai Menteri Persekutuan selama 21 bulan serta Kerajaan GRS dalam merealisasikan pembangunan serta bantuan yang amat diperlukan di daerah itu.

Terrence Siambun

Naib Presiden Warisan, Terrence Siambun berkata pelan tebatan banjir, Hospital Penampang dan perkara berkaitan pendidikan di Penampang yang dikatakan oleh Ambrose ketika Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Rakyat Moyog terletak dibawah senarai Persekutuan / Bersama dan sekaligus menggambarkan kegagalan Ahli Parlimen Penampang, Ewon Benedict untuk merealisasikan permintaan warga Penampang.

“Tempoh Ewon sebagai Menteri Persekutuan kini telahpun melebihi 17 bulan yang dipegang oleh Darell Leiking pada 2018-2020 namun beliau (Ewon) tidak dapat membuat penutupan terhadap isu yang dibangkitkan oleh Ambrose walaupun pelan pembangunan tebatan banjir dan hospital tersebut telahpun diluluskan ketika Warisan masih mentadbir negeri ini.

Jadi walaupun saya faham dengan kekecewaan John terhadap PH (dan Ewon) yang dianggap tidak kompeten oleh warga Penampang, saya ingin membetulkan dakwaannya (Ambrose) bahawa DUN Moyog tidak mendapat pembangunan kerana ia diwakili oleh Warisan.

Nampaknya John berpendapat bahawa Kerajaan GRS hanya boleh merealisasikan pembangunan yang diperlukan untuk Moyog jika ia diwakili oleh seorang ADUN Kerajaan walaupun pada hakikatnya GRS menguasai sepenuhnya Kerajaan Negeri serta pentadbiran daerah ini dimana Ahli Majlis Daerah Penampang, UPPM dan JKKK semuanya dilantik oleh GRS.

Jadi mengikut logik John, adakah beliau kini bermaksud bahawa ketiadaan hospital, tebatan banjir ataupun kemudahan pendidikan yang lebih baik yang sangat diperlukan di DUN Membakut mengesahkan kegagalan ADUN GRS, Mohd Ariffin Bin Arif kerana beliau tidak pernah mempedulikan perkara-perkara ini walaupun warga Membakut telah kerapkali membuat rayuan mengenainya?

Malah, Jahid Jahim telahpun mengesahkan pada persidangan DUN Sabah yang lepas bahawa memandangkan Moyog diwakili oleh ADUN pembangkang, UPPM Moyog yang dilantik oleh GRS telah mewakili Moyog dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Daerah yang diterajui oleh Majlis Tindakan Daerah Penampang dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kemajuan dan pembangunan di Penampang.

Maka dalam hal ini, kegagalan sebenarnya berpunca dari wakil-wakil Kerajaan yang dilantik oleh GRS untuk membawa kemajuan dan pembangunan bukan sahaja di Moyog tetapi dikawasan-kawasanmilik pembangkang di Sabah.

Tetapi kita tidak perlu melihat bagaimana DUN Moyog ditadbir oleh GRS – Tuaran yang kononnya akan menikmati pulangan dari segi pengurusan dan pembangunannya kerana diwakili oleh Ketua Menteri sedang berada dalam keadaan yang menyedihkan.

Ini menunjukkan kepada kita ketidak-cekapan GRS dalam mentadbir negeri yang hanya membazir wang pembayar cukai dan perkhidmatan Kerajaan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siambun turut menasihatkan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat, Mandela Malakun yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri agar menyelesaikan isu-isu di Penampang terlebih dahulu sebelum bercakap banyak tentang pilihanraya.

“Orang-orang Moyog masih menunggu bantuan banjir RM1,000 yang dijanjikan oleh GRS Julai lalu dan dengan peralihan monsun yang akan datang seperti yang diumumkan oleh Menteri Persekutuan, Nik Nazmi Nik Ahmad beberapa hari lalu yang berkemungkinan besar akan menyebabkan banjir bukan sahaja di Semenanjung tetapi Sabah, beliau (Mandela) mesti memastikan bantuan tertunggak disalurkan kepada warga Moyog yang terkesan dengan banjir dahulu tanpa sebarang penangguhan lagi.

Dan memandangkan Ketua Menteri, Hajiji Mohd Noor telahpun melantik Joachim Gunsalam sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Ahli-ahli Majlis Perbandaran Penampang pula dilantik oleh GRS, maka sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Mandela sepatutnya membawa rungutan warga Penampang mengenai bayaran parkir kereta yang terlalu tinggi iaitu RM1.50 sejam di Pekan Donggongon dan kawasan komersial lain di daerah ini untuk perhatian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membolehkan ianya dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Negeri yang akan datang,” akhiri beliau.

Terrence Siambun
Naib Presiden
Parti Warisan

  • Related Posts

    Sabah Tidak Akan Maju dengan Mentaliti ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ — Warisan Seru Kepimpinan Berintegriti, Ada Visi dan Berdisiplin.

    KOTA KINABALU: Parti Warisan hari ini ingin merujuk kepada kenyataan terbaharu oleh Datuk James Ligunjang bertajuk “Sabah’s Remarkable Rise” yang disiarkan dalam JesseltonTimes. James sekali lagi mengulangi alasan lapuk yang…

    Read more

    Sabah Cannot Progress with ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ Mentality — We Need Leaders with Integrity, Vision and Discipline.

    PARTI Warisan today would like to refer to the latest statement by Datuk James Ligunjang, titled Sabah’s remarkable rise, JesseltonTimes. James continues parroting the same tired excuses while failing to grasp…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *