Rampasan Tanah : Warisan Akan Minta Kertas Siasatan Dibuka

Skandal rasuah berkaitan hasil mineral Sabah yang mengaitkan beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah serta Ketua Menteri, Hajiji Mohd. Noor menunjukkan wujudnya kelompangan dalam sistem pentadbiran GRS/PH pada hari ini.

Kelompangan yang berpunca dari ketiadaan pemantauan oleh pihak berkuasa keatas urusan pengurusan tanah serta pengeluaran lesen berkaitan dengan penerokaan hasil Negeri ini oleh Pejabat Ketua Menteri perlu ditangani dengan segera.

Mudi Dubing

Saya ingin mengingatkan semua kembali tentang beberapa siri rampasan tanah milik Orang Asal Sabah (OAS) dimana rumah dan kebun yang mereka usahakan selama ini telah dimusnahkan oleh jentera-jentera milik syarikat-syarikat dari luar yang menunjukkan kepada kita semua mengapa kelompangan ini perlu diatasi.

Beberapa laporan SPRM tentang rampasan tanah ini telah dibuat oleh Malaysia International Humanitarian Organization (MHO) dan Warisan sendiri pada 2023 tetapi sehingga ke hari ini, kita tidak mendengar sebarang tangkapan, serbuan ataupun sabitan kesalahan telah dibuat.

Dimanakah keadilan yang sepatutnya memihak kepada OAS pada ketika mereka dihimpit dengan segala macam kedaifan dan kemiskinan?

Dan sepanjang penderitaan OAS ini, tidak ada seorang pun pemimpin PH Sabah yang datang dan membantu mereka tetapi yang anehnya, pakatan ini masih terhegeh-hegeh mahu menjadi kuasa politik utama di Negeri ini.

Oleh kerana itu, usul ‘membuka kertas siasatan terhadap kesemua kes-kes rampasan tanah dikawasan Pedalaman Sabah dalam masa 60 hari Warisan membentuk Kerajaan yang baru’ yang dibawa oleh Warisan Pensiangan telahpun diluluskan dan akan menjadi sebahagian datipada Manifesto parti ini nanti.

Kami amat yakin bahawa kertas siasatan ini (dan membawa Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri yang korup yang telah memusnahkan kehidupan OAS ini ke muka pengadilan) akan dibuka kerana Warisan telahpun membuktinya dahulu dengan siasatan forensik yang dilakukan keatas Yayasan Sabah.

Cuma melalui siasatan terbuka dan proses mahkamah sahajalah keadilan boleh diberikan kepada kumpulan OAS yang dizalimi ini.

Mudi Dubing
Ahli Majlis Tertinggi, Parti Warisan
Ketua Bahagian Warisan Pensiangan
15 Disember 2024

  • Related Posts

    Sabah Tidak Akan Maju dengan Mentaliti ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ — Warisan Seru Kepimpinan Berintegriti, Ada Visi dan Berdisiplin.

    KOTA KINABALU: Parti Warisan hari ini ingin merujuk kepada kenyataan terbaharu oleh Datuk James Ligunjang bertajuk “Sabah’s Remarkable Rise” yang disiarkan dalam JesseltonTimes. James sekali lagi mengulangi alasan lapuk yang…

    Read more

    Sabah Cannot Progress with ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ Mentality — We Need Leaders with Integrity, Vision and Discipline.

    PARTI Warisan today would like to refer to the latest statement by Datuk James Ligunjang, titled Sabah’s remarkable rise, JesseltonTimes. James continues parroting the same tired excuses while failing to grasp…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *