Utamakan Keselamatan Dan Kesejahteraan Penduduk Kg. Meruntum

PUTATAN : Parti Warisan Bahagian Putatan menggesa Kementerian Infrastruktur dan agensi negeri yang berkaitan bertindak segera untuk mengurangkan risiko kemalangan pengguna jalanraya di Kg. Meruntum yang terletak berhampiran Lebuhraya Putatan-Lok Kawi.

Kereta Puan Juriah yang dilanggar lori dipandu laju

Menurut Ketua Wanita Warisan Bahagian Putatan, Juriah Uda aspek keselamatan dan kesejahteraan penduduk perlu diberi perhatian memandangkan kampung itu sudah wujud lebih awal lagi sebelum lebuhraya tersebut dibina.

“Oleh kerana Kerajaan tidak menyediakan kawasan parkir khas di Kg. Meruntum yang berdekatan dengan Lebuhraya Putatan – Lok Kawi, penduduk kampung tidak mempunyai pilihan lain melainkan meletakkan kenderaan mereka ditepi jalan lebuhraya dan ini bukan sahaja mengganggu aliran trafik tetapi meningkatkan risiko kemalangan terutamanya pada waktu malam.

Puan Juriah Uda
Ketua Wanita Warisan
Bahagian Putatan

Saya sendiri telah menjadi mangsa kemalangan disini apabila ketika dalam perjalanan untuk merasmikan sepak takraw tertutup wanita baru-baru ini dan alhamdulillah, tiada kecederaan menimpa tetapi kenderaan saya mengalami kerosakan pada bahagian pintu akibat dilanggar oleh sebuah lori yang dipandu laju.

Oleh itu, risiko tinggi yang dihadapi oleh penduduk kampung disini memerlukan tindakan segera dari pihak Kerajaan samada diperingkat daerah mahupun negeri dan antara penambahbaikan yang boleh dibuat pada ketika ini ialah pemasangan tanda amaran mengenai kehadiran kampung agar pemandu lebih berhati-hati.

Pemasangan ‘rumble strips’ untuk mengurangkan kelajuan kenderaan dan menyedarkan pemandu yang mungkin leka ketika memandu juga perlu dipertimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya juga difahamkan oleh penduduk kampung disini bahawa tidak ada lintasan pejalan kaki disediakan dan ini amat merbahaya kepada kanak-kanak dan warga emas apabila kenderaan yang meluncur laju tidak sempat mengelak dari melanggar mereka.

Ketiadaan lintasan pejalan kaki untuk kegunaan penduduk kampung.

Maka oleh yang demikian, pembinaan jejantas perlu dipertimbangkan untuk memastikan keselamatan pejalan kaki yang mahu menyeberangi lebuhraya ini,” jelasnya lagi.

“Kerajaan perlu ingat bahawa Kg. Meruntum ini sudah wujud adanya lebuh raya ini maka sepatutnya aspek keselamatan penduduk diambil kira lebih awal lagi maka saya berharap penambahbaikan infrastruktur ini diberi keutamaan demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk kampung,” dia akhiri.

  • Related Posts

    Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

    Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600…

    Read more

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *