Jalan Berlubang, Hentian Bas Usang – Di Mana Keprihatinan Pemimpin GRS?

PUTATAN, 13 Februari – Selain jalan berlubang, atap hentian bas pun berlubang! Di manakah keprihatinan pemimpin GRS terhadap kemudahan rakyat?

Keadaan jalanraya di Jalanraya Petagas-Sekambu
Perhentian Bas di Putatan

Ketua Wanita Warisan Bahagian Putatan, Puan Juriah Uda, mempersoalkan keadaan hentian bas di sepanjang jalan Putatan selepas jambatan Petagas yang dibiarkan usang tanpa sebarang penyelenggaraan.

Juriah Uda

“Atap yang bocor, tempat duduk yang hilang dan struktur yang uzur bukan sahaja mencacatkan pemandangan tetapi juga menyusahkan pengguna, terutamanya pelajar dan pekerja yang bergantung kepada pengangkutan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, mantan Ahli Majlis Putatan, Encik Asdin Minin menegaskan bahawa masalah jalan berlubang di kawasan kampung perlu diberi perhatian serius oleh pihak yang berkenaan.

Asdin Minin

“Jalan ini merupakan laluan utama bagi penduduk Kampung Petagas serta ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Rendah Petagas dan Sekolah Menengah Petagas.

“Masalah jalan berlubang ini membimbangkan dan dua minggu lalu, seorang penghantar makanan nyaris terjatuh apabila motosikalnya termasuk kedalam lubang jalan yang dipenuhi dengan air hujan ketika menunggang dalam keadaan gelap.

Motosikalnya mengalami kerosakan tetapi apa yang lebih penting ialah kejadian ini jelas menunjukkan bahaya yang menunggu pengguna jalanraya yang lain sekiranya jalan ini tidak diselenggara dengan baik,” katanya.

Warisan Putatan juga mendesak ahli-ahli Majlis Daerah Putatan serta barisan ahli jawatankuasa yang duduk dalam Jawatankuasa Bertindak Daerah Putatan supaya lebih proaktif dan tidak mengabaikan tanggungjawab mereka untuk memastikan daerah ini diuruskan dengan baik termasuklah yang berkaitan dengan jalan negeri (inner state road).

“Jika mereka mengabaikan tanggungjawab yang diberikan, maka ini membuktikan bahawa GRS/PH gagal untuk menguruskan daerah ini dengan baik,” kata Juriah.

Selain itu, bonggol jalan yang dibina di lokasi tidak sesuai juga perlu dikaji semula bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Keutamaan harus diberikan kepada kesejahteraan rakyat, bukan sekadar janji tanpa tindakan,” katanya.

  • Related Posts

    Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

    Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600…

    Read more

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *