Apa sudah jadi dgn Projek Mitigasi Banjir Kimanis?

KOTA KINABALU : Parti Warisan Bahagian Kimanis hari ini menggesa Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk membina sebuah laluan jalanraya baru di Kampung Kayai, Membakut untuk menjamin keselamatan para penduduk kampung.

Jalanraya ke Kg. Kayai yang berhampiran dengan Sungai Membakut

Menurut Timbalan Ketua Bahagian Warisan Kimanis, Tailin Mainan jalanraya menuju ke kampung itu yang sedia ada hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda dan kedudukannya yang terletak betul-betul di tebing sungai amat berbahaya kepada penduduk kampung.

Tailin Mainan
Timbalan Ketua Bahagian
Warisan Kimanis

“Ketika misi Bahagian Kimanis untuk membantu penduduk kampung yang terperangkap oleh banjir pada 18 Februari yang lalu, kami diberitahu oleh penduduk kampung bahawa sungai disini juga sudah tidak mampu untuk menampung air dari hulu apabila hujan lebat berterusan.

Ini adalah kerana sungai ini sudah cetek dan perlu didalamkan serta dilebarkan agar tidak melimpah ke kawasan kebun dan rumah penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kejadian banjir di Kimanis minggu lalu menyaksikan 13 keluarga dari kampung tersebut terpaksa diselamatkan dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara.

Misi menghantar bantuan ke Kg. Kayai yang terjejas oleh banjir baru-baru ini oleh Warisan Bahagian Kimanis

“Saya juga difahamkan bahawa penduduk kampung serta pengguna jalanraya ini juga telah berulangkali membuat aduan kpd pihak yang berkenaan mengenai keperluan membina sebuah jalanraya baru tetapi sehingga ke hari ini, belum ada sebarang tindakan dibuat,” tambahnya lagi.

Tailin juga meminta Kerajaan Negeri pimpinan GRS/PH untuk menerangkan kepada warga Kimanis status projek mitigasi banjir di daerah itu terutamanya berkaitan dengan cadangan mendalamkan dan melebarkan Sungai Membakut.

“Dalam masa 5 tahun ini, tidak ada kerja ataupun aktiviti mendalamkan serta melebarkan Sungai Membakut dilakukan malah Menteri Pertanian, Jeffrey Kitingan yang bertanggungjawab dengan Jabatan Parit dan Saliran juga tidak pernah mengadakan sebarang sesi dialog mahupun perbincangan dengan pemimpin masyarakat disini mengenai cadangan mitigasi banjir ini.

Ini amat berbeza berbanding era pentadbiran WarisanPlus pada 2018-2020 di mana cadangan ini (mendalamkan dan melebarkan Sungai Membakut) telah dibincangkan oleh pemimpin masyarakat Membakut bersama-sama dengan Junz Wong yang merupakan Menteri Pertanian ketika itu.

Dan jika tidak ada pertukaran Kerajaan ketika itu, cadangan mendalamkan dan melebarkan Sungai Membakut sudah pastinya telahpun selesai tahun ini dan sekaligus, mengurangkan impak banjir di Membakut,” akhirinya.

  • Related Posts

    Sabah Tidak Akan Maju dengan Mentaliti ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ — Warisan Seru Kepimpinan Berintegriti, Ada Visi dan Berdisiplin.

    KOTA KINABALU: Parti Warisan hari ini ingin merujuk kepada kenyataan terbaharu oleh Datuk James Ligunjang bertajuk “Sabah’s Remarkable Rise” yang disiarkan dalam JesseltonTimes. James sekali lagi mengulangi alasan lapuk yang…

    Read more

    Sabah Cannot Progress with ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ Mentality — We Need Leaders with Integrity, Vision and Discipline.

    PARTI Warisan today would like to refer to the latest statement by Datuk James Ligunjang, titled Sabah’s remarkable rise, JesseltonTimes. James continues parroting the same tired excuses while failing to grasp…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *