Bahaya Ketiadaan Penutup ‘Manhole’ dan Parit Tidak Diselenggara

PUTATAN : Parti Warisan Bahagian Putatan menggesa pihak berkuasa tempatan untuk memastikan persekitaran Jalan Tansau – Tombovo selamat untuk pejalan kaki terutamanya kanak-kanak sekolah berikutan dengan kerisauan yang diutarakan oleh penduduk setempat kepada parti itu.

Manhole tanpa Penutup dan Parit yang dipenuhi Tumbuhan

Menurut Ketua Wanita Bahagian itu, Puan Juriah Uda, ketiadaan penutup manhole bukan sahaja mengundang risiko kecederaan serious malah boleh mengancam nyawa.

Juriah Uda

“Setiap hari, ramai pelajar dari Taman Ketiau dan PPR Keramat yang berjalan kaki menuju ke SMK Tansau dan SK Tansau akan melalui perangkap berbahaya seperti ini dan sudah pastinya ibu bapa pelajar ini bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka terutamanya yang masih kecil lagi.

Adakah pihak berkuasa tempatan mahu menunggu tragedi berlaku terlebih dahulu sebelum memperbaiki laluan pejalan kaki ini?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Parit yang dipenuhi dengan rumput dan tersumbat tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa sehingga menyebabkan banjir di kawasan Ketiau – Tombovo Putatan

Sementara itu Encik Florian Frederick, Ahli Jawatankuasa Bahagian Warisan dan penduduk kampung berdekatan, turut meluahkan kebimbangan terhadap parit yang tidak diselenggara di tepi Jalan Tansau – Tombovo itu.

Florian Frederick

“Keadaan ini bukan sahaja mengancam keselamatan pejalan kaki tetapi juga menjadi punca utama banjir kilat yang kerap melanda kawasan tersebut.

Banjir kilat yang berlaku pada 1 Februari lalu ialah bukti kegagalan mereka yang telah diberi tanggungjawab untuk menyelenggara parit ini dan banyak kenderaan terkandas akibat paras air yang tinggi sehingga Jalan Tansau – Tombovo lumpuh sepenuhnya mengakibatkan ramai penghuni di Taman Ketiau tidak dapat ke tempat kerja keesokan harinya kerana air lambat surut.

Selekoh selepas bulatan Taman Kingfisher Putatan juga sering mengalami banjir kilat setiap kali hujan lebat dan hampir kesemua penduduk disini tahu ini adalah disebabkan oleh parit tersumbat yang menghalang aliran air,” katanya.

“Lebih membimbangkan, parit yang dibiarkan tersumbat dan bertakung juga menjadi habitat pembiakan nyamuk Aedes, sekali gus meningkatkan risiko wabak denggi.

Oleh yang demikian, kami mintalah agar pihak berkuasa tempatan yang mengutip cukai pintu tahunan serta parkir kereta turut sama menjalankan tanggungjawab mereka dengan membersihkan parit-parit yang ada bukan hanya di jalan ini tetapi diseluruh daerah Putatan,” dia akhiri.

  • Related Posts

    Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

    Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600…

    Read more

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *