Teguran Raja Drama Manis Umpama Gula-gula PRN

KOTA KINABALU: Lima tahun berlalu, akhirnya semalam ‘Raja Drama’ menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) agar menjalankan tanggungjawab membaiki jalan-jalan yang rosak di seluruh Sabah.

Rakyat Sabah sudah lama menderita, tetapi sejak empat tahun kebelakangan ini, penderitaan itu semakin teruk, tanpa dipedulikan oleh Raja Drama.

Hanya kerana kehadiran Sultan Abdullah pada tahun 2023 barulah jalan-jalan yang dilalui baginda itu diperbaiki, tetapi sayang sekali hanya beberapa bulan kemudian ‘jalan bulan kembali’ di seluruh negeri, kerana begitulah skrip lakonan Raja Drama.

Hakikatnya, teguran daripada Raja Drama terhadap JKR itu sebenarnya cuma adegan cerita lama yang diulang-ulang setiap lima tahun sekali.

Izzatul Aini
Ketua Penerangan
Wirawati Warisan

Bermula tahun pertama, fokus utama Raja Drama ialah memastikan di seluruh pelosok negeri di pasang papan tanda Sabah Maju Jaya kerana itu filem kegemarannya, mudah dibikin dan bajetnya pula lumayan untuk dikongsi pelakon-pelakon tambahan.

Tahun kedua, tahun ketiga dan keempat pun sama, bila masuk tahun kelima Raja Drama tahu ini masanya untuk filem utama dihasilkan, sebelum bulan November tiba, filem terbaik box office perlu dikeluarkan.

Maka Raja Drama pun mengumpul semua penjawat awam, dan dengan muka tegas Raja Drama membaca skrip, Jabatan Kerja Raya menjadi teguran.

Teguran itu jika boleh dirasa, sudah tentu amat manis. Kenapa manis? Sebab itu adalah gula-gula pilihan raya untuk memastikan Raja Drama kekal relevan dan terus menjadi pelakon utama.

Bagaimanapun Raja Drama terlupa, rakyat Sabah tidak bodoh, rakyat Sabah mampu menilai.

Raja Drama terlupa apa yang dilakukannya kini umpama langkah sumbang, selepas sekian lama berada di layar perak, dibuai kemewahan hidup akhirnya rakyat Sabah sudah muak.

Rakyat Sabah muak dengan jalan raya yang rosak, muak dengan bekalan air yang selalu terputus, muak dengan bekalan elektrik yang sekejap ada sekejap tiada.

Tiba bulan November ini, atau mungkin lebih awal daripada itu, Raja Drama akan menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat dan ketika itu rakyat tidak akan kasihankan Raja Drama.

Cukup-cukuplah kata rakyat Sabah, masa itu kamu nak menangis atau merayu sekalipun, Rakyat Sabah tidak akan terpengaruh dengan lakonan kamu.

IZZATUL AINI
Ketua Penerangan
Wirawati Warisan

21 Februari 2025

  • Related Posts

    Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

    Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600…

    Read more

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *