Warisan Sipitang : “Gunakan pendapatan dan keuntungan Negeri untuk infra asas”

SIPITANG : Parti Warisan Bahagian Sipitang hari ini menegur kepimpinan GRS daerah tersebut yang dikatakan tidak peka tentang permasalahan penduduk kampung sungguhpun mempunyai akses dana dengan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Menurut Ketua Bahagian Warisan Sipitang, Abd. Aziz Taip beliau merasa sedih apabila mengetahui bahawa permohonan penduduk kampung Gelila Jaya, Padas Damit, Beaufort agar jambatan gantung yang usang disitu dan merupakan keperluan asas tidak diberi perhatian yang sewajarnya oleh pemimpin-pemimpin akar-umbi GRS.

Ketua Bahagian Warisan Sipitang, Abd. Aziz Taip ketika melawat jambatan gantung yang uzur di Kg. Gelila Jaya, Padas Damit, Beaufort

“Menurut penduduk kampung, mereka telahpun mengajukan permohonan pembaikan jambatan gantung ini (yang merupakan laluan utama menghubungkan Kampung Gelila Jaya dengan jalan utama) kepada wakil rakyat N34 Lumadan dan P178 Sipitang.

Walaubagaimanapun, mereka tidak menerima sebarang maklumbalas dari pihak yang berkenaan maka mereka mengambil keputusan untuk membaiki sendiri jambatan gantung tersebut secara gotong royong dengan hanya menggunakan kayu pokok kelapa.

Abd. Aziz Taip

Bayangkanlah jika pihak luar masuk ke kampung ini dan menyaksikan sendiri betapa daifnya dan lemahnya pengurusan GRS disini sehinggakan batang pokok kelapa terpaksa digunakan untuk menggantikan papan yang sudah reput.

Ketidak-cekapan pengurusan dan pentadbiran GRS ini amat dikesali kerana ini memalukan kita semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd. Aziz juga meminta agar Ketua Menteri, Hajiji Mohd Noor memberikan perhatian sewajarnya keatas isu ini dan mengarahkan pembaikkan dibuat dengan segera.

“Saya minta pihak berkenaan khususnya wakil rakyat yang mendapat mandat rakyat sebelum ini termasuklah Ketua Menteri sendiri agar tidak memilih bulu dalam memberikan bantuan.

Pembaikkan jambatan gantung menggunakan bahan yang tidak sesuai boleh mengancam nyawa penduduk kampung terutamanya kanak-kanak dan orang-orang tua.

Jambatan Gantung yang diperbaiki oleh penduduk kampung menggunakan batang kelapa apabila papan pemijaknya reput dan rosak.

Adakah kerajaan GRS sudah tidak tiada duit untuk membaiki infrastruktur yang merupakan keperluan asas penduduk kampung? Bukankah SMJ baru-baru ini dikatakan mendapat keuntungan RM100 juta dan pendapatan negeri pula dikatakan melebihi RM7 billion?

Malah peruntukan jutaan ringgit juga diberikan kepada wakil rakyat kerajaan seperti di DUN Lumadan dan P178 Sipitang maka mengapakah pembaikkan jambatan usang ini yang kosnya tidak seberapa mana pun tidak diberi perhatian?

Saya juga yakin bahawa bukan setakat jambatan gantung ini yang perlu diperbaiki maka oleh yang demikian, saya juga meminta agar pihak yang berkenaan memeriksa semula apa-apa lagi permohonan lain yang dibuat oleh penduduk kampung disini,” dia akhiri.

Abd. Aziz Taip
Ketua Bahagian Warisan Sipitang
Ahli Majlis Tertinggi Warisan

  • Related Posts

    Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

    Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600…

    Read more

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *