Masalah Air Di UMS: Pelajar Mahu Penyelesaian, Bukan Janji Kosong Atau Politik Murahan.

Tular baru-baru ini gambar pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terpaksa menadah air hujan menggunakan baldi akibat gangguan bekalan air yang berlarutan. Keadaan ini sangat memalukan dan menyedihkan, lebih-lebih lagi berlaku di sebuah institusi pengajian tinggi negara. Ia mencerminkan kegagalan serius pihak bertanggungjawab dalam menjamin kemudahan asas kepada mahasiswa.

Pada 28 Julai 2024, satu kenyataan rasmi menyebut bahawa masalah bekalan air di UMS telah pulih sepenuhnya. Namun, apa yang berlaku kini membuktikan bahawa itu hanyalah kenyataan sedap didengar, tetapi tidak selari dengan realiti. Pelajar masih bergelut dengan masalah air, dan yang lebih menyedihkan, mereka terpaksa bergantung kepada air hujan untuk keperluan harian.

Mohd Affandi Arif

Terbaru, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud memberi jaminan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil tindakan segera. Soalnya, sudah berapa banyak jaminan yang diberi sejak tahun lalu? Sudah berapa ramai pelajar terkesan, dan sampai bila mahasiswa harus hidup dalam keadaan seperti di zon bencana?

Lebih mengecewakan, kerajaan negeri yang dipimpin GRS seolah-olah langsung tidak memberikan tumpuan kepada kebajikan mahasiswa dan rakyat. Setiap hari hanya sibuk bermain isu yang sama—isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)—seolah-olah tiada isu lain yang lebih mendesak. Dan setiap kali ditanya soal kelemahan pentadbiran, jawapan mereka tetap sama: menyalahkan kerajaan terdahulu, khususnya Warisan.

Sudah-sudahlah dengan politik menyalahkan orang lain. Rakyat tidak mahu lagi mendengar alasan. Rakyat mahukan tindakan.

Kami menggesa agar janji tidak lagi dijadikan alat untuk meredakan kemarahan rakyat. Pelajar UMS berhak mendapat jawapan, pelan tindakan konkrit, dan tempoh penyelesaian yang jelas. Bukan hanya kenyataan politik yang kosong.

Masalah ini bukan hanya soal keselesaan, tetapi soal maruah, kesihatan dan hak asasi mahasiswa Sabah. Sudah tiba masanya pihak kerajaan negeri dan persekutuan memberi tumpuan sepenuhnya kepada isu sebenar rakyat—bukan berselindung di sebalik retorik politik.

Mohd Affandi Arif
Ketua Wira Warisan Sepanggar
Exco Wira Warisan Pusat

  • Related Posts

    Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

    Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600…

    Read more

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *