Pakistan Bina Sabah (PBS)?

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh seorang ahli Parti Bersatu Sabah (PBS), Arthur Sen yang mendakwa bahawa nota bidai yang dikeluarkan oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal kepada seorang pemohon MYKAS sepertimana yang digembar-gemburkan oleh GRS beberapa hari ini ialah satu sokongan kepada permohonan kewarganegaraan Malaysia oleh bukan warganegara.

Sebenarnya, saya tidak kenal ahli parti yang bernama Arthur Sen ini dan saya juga tidak berminat untuk menjawab persoalannya kerana dia bukanlah ahli politik yang mempunyai pengaruh politik samada di peringkat nasional, negeri mahupun akar-umbi.

Walaubagaimanapun, ramai penduduk daerah Penampang yang meminta saya untuk menjawab polemik surat sokongan ini yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin GRS terutamanya PBS sebagai cara mereka untuk terus mengelirukan masyarakat Kadazan Dusun dengan melabelkan Warisan sebagai pro-PTI.

Donald Masudal

Isu mengenai MYKAS ini telahpun diperjelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri maka jika terdapat sebarang bantahan daripada PBS mengenai perkara ini, maka parti tersebut sepatutnya mengemukakannya kepada Kerajaan Perpaduan.

Untuk pengetahuan penyokong-penyokong PBS di seluruh Sabah, Pengerusi GRS, Hajiji Mohd Noor sendiri telahpun mengeluarkan surat sokongan bertarikh 6 Julai 2021 kepada seorang warga Pakistan yang bernama Parvez Khan yang memohon menjadi pemaustatin tetap di Sabah.

Ini membawa kepada persoalan jumlah sebenar warga Pakistan yang telah mendapat surat sokongan dari Hajiji sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri dari 2020 hingga ke hari ini.

Untuk persoalan ini, saya secara peribadi akan meminta kepimpinan Warisan untuk mendapatkan jawapannya dari Kerajaan Persekutuan ketika mesyuarat Dewan Rakyat yang akan datang ini.

Ianya juga melucukan apabila PBS berbicara tentang ‘ketegasannya’ berkaitan dengan warga asing di Sabah sedangkan mana-mana kawasan yang diwakili oleh Presiden dan Timbalan Presiden PBS akan dikawal secara ekonomi oleh peniaga-peniaga Pakistan.

Ketika Joseph Pairin Kitingan memegang jawatan sebagai Presiden PBS, jumlah kedai runcit yang dikendalikan oleh warga Pakistan di kawasan kampung di daerah Keningau meningkat dua kali ganda dan peningkatan ini juga dilihat di Kota Marudu ketika Maximus Ongkili menjadi Presiden dan sebelum itu, Timbalan Presiden PBS.

Maka, ianya bukan satu kebetulan apabila jumlah kedai runcit yang dikendalikan oleh warga Pakistan di kawasan KDM meningkat berkali ganda dalam tempoh 20 tahun ini. Siapakah dalang di sebalik peningkatan peniaga-peniaga Pakistan ini yang juga pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum pada 2014?

Walaupun hampir kesemua kedai-kedai runcit Pakistan ini yang menjual barangan terkawal seperti gas memasak, beras, telur, minyak masak paket subsidi dan gula subsidi dengan harga yang jauh lebih tinggi kepada masyarakat KDM, kepimpinan PBS terus berpura-pura tidak tahu mengenai perkara ini.

Oleh demikian, masyarakat KDM di Kundasang dan Kiulu perlu berwaspada dengan kemungkinan peningkatan mendadak peniaga-peniaga Pakistan di kedua-dua daerah itu kerana pada hari ini, Joachim Gunsalam memangku jawatan Presiden PBS manakala Joniston Bangkuai pula sebagai Timbalan Presiden.

Dan jika warga-warga Pakistan ini terus mengawal sektor peruncitan di kawasan KDM dan Pedalaman Sabah, maka nescaya dalam masa 10 tahun lagi, mereka akan menguasai sektor pemborongan, pertanian dan hartanah Sabah pula.

Dan sepanjang masa 10 tahun ini pula, PBS akan terus mendendangkan nostalgia perjuangan mereka di era 80an serta menghidangkan pelbagai jenis pesta dan hiburan untuk melalaikan masyarakat KDM di Sabah supaya mereka terus memikirkan PBS ialah parti yang memperjuangkan masa depan mereka.

Sebagai parti yang amat mementingkan pendidikan, ekonomi, sains dan teknologi, saya amat yakin bahawa Warisan mempunyai strateginya sendiri untuk membebaskan masyarakat KDM dari kemiskinan dan kawalan ekonomi kuasa luar.

Kita juga akan melihat ketegasan parti ini terhadap warga-warga Pakistan yang mahu mengawal sektor peruncitan di kawasan Pedalaman Sabah sepertimana era pentadbiran WarisanPlus apabila pada tahun 2019, Ahli-ahli Majlis Daerah Penampang membuat pemeriksaan mengejut dan serbuan ke atas berpuluh-puluh premis kedai runcit yang dikendalikan oleh warga Pakistan di daerah Penampang

Dan ahli-ahli parti seperti Arthur Sen boleh terus membuat kenyataan mereka yang mempertikaikan kewajaran surat sokongan yang diberikan oleh Shafie Apdal kerana kenyataan demi kenyataan dari PBS ini hanyalah NATO (No Action Talk Only).

Donald Masudal
Timbalan Ketua Unit Pemantau Daerah
Parti Warisan
Bahagian Penampang

  • Related Posts

    Sabah Tidak Akan Maju dengan Mentaliti ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ — Warisan Seru Kepimpinan Berintegriti, Ada Visi dan Berdisiplin.

    KOTA KINABALU: Parti Warisan hari ini ingin merujuk kepada kenyataan terbaharu oleh Datuk James Ligunjang bertajuk “Sabah’s Remarkable Rise” yang disiarkan dalam JesseltonTimes. James sekali lagi mengulangi alasan lapuk yang…

    Read more

    Sabah Cannot Progress with ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ Mentality — We Need Leaders with Integrity, Vision and Discipline.

    PARTI Warisan today would like to refer to the latest statement by Datuk James Ligunjang, titled Sabah’s remarkable rise, JesseltonTimes. James continues parroting the same tired excuses while failing to grasp…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *