
Pengumuman Ketua Menteri Hajiji Mohd Noor beberapa hari yang lalu bahawa Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri ini untuk 2024 ialah RM83.2 billion ialah bukti jelas kelesuan ekonomi yang sedang dihadapi oleh negeri ini sepanjang 5 tahun pentadbiran GRS.

Sebagai permulaan, saya ingin meminta kepastian daripada Ketua Menteri samada jumlah RM83.2 billion itu tepat ataupun tidak. Ini adalah kerana menurut Laporan Tahunan KDNK Mengikut Negeri yang diterbitkan oleh Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) tahun lalu, Sabah telah merekodkan KDNK sebanyak RM82.1 billion untuk 2022 manakala untuk 2023, KDNK negeri ini ialah RM83.2 billion.
(Saya lampirkan Laporan tersebut untuk rujukan rakan-rakan media sekalian).


Jika KDNK untuk Sabah pada 2023 yang sebenar ialah RM83.2 billion, maka ini membuktikan tidak ada sebarang perubahan nilaian untuk 2024 dari segi pengeluaran dan perkhidmatan negeri ini.
Kelesuan ekonomi negeri Sabah dibawah 5 tahun pentadbiran GRS bukan hanya dibuktikan melalui KDNK terkini negeri ini tetapi melalui maklum-balas dari para peniaga kecil-kecilan, pengusaha industri, pengilang, golongan belia dan masyarakat secara amnya yang terbeban disebabkan kenaikkan kos sara hidup dan kos menjalankan perniagaan yang telah meningkat berkali ganda.
Wira Warisan berpendapat bahawa 3 perkara utama yang mendorong kepada kelesuan ekonomi ini ialah :
(i). ketiadaan fokus, polisi dan halatuju negeri untuk merevolusikan ekonomi disemua peringkat;
(ii). kronisma (dimana hanya mereka yang mempunyai kepentingan politik untuk GRS akan mendapat peluang ekonomi) dan budaya rasuah dari peringkat tertinggi hinggalah ke bawah; dan
(iii). penggunaan model ekonomi 90an dan awal 2000an negeri ini yang tidak lagi boleh diguna-pakai.
GRS tidak mempunyai sebarang alasan berikutan dengan kegagalannya untuk menguruskan ekonomi negeri ini kerana untuk selama 5 siri pembentangan Belanjawan Negara sejak 2020, Kerajaan GRS akan mendapat sekurang-kurangnya RM5 billion sebagai dana pembangunan dari Kerajaan Persekutuan.

Pada 3 Ogos 2024, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa jumlah peruntukkan untuk tahun 2024 yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri ini ialah RM16 billion (termasuk RM6.6 billion untuk tujuan pembangunan).
Malah, Kerajaan GRS juga telahpun menerima RM300 juta dari Kerajaan Persekutuan sebagai pembayaran interim keatas Hak 40% Keatas Cukai yang dikutip sepertimana yang telah dipersetujui oleh Hajiji.
Pemberian peruntukkan yang besar dari Kerajaan Persekutuan tahun demi tahun kepada Kerajaan GRS untuk tujuan pembangunan dan pengurusan negeri ini jelas tidak memberi keyakinan kepada para pelabur samada dari dalam mahupun luar untuk datang dan melabur disini.
Ini bermakna dalam tempoh 5 tahun ini, Kerajaan Persekutuan telahpun membazirkan berpuluh billion ringgit wang pembayar cukai keatas GRS yang tidak mampu memberikan Pulangan Semula Pelaburan (R.O.I) kepada Malaysia apabila hanya mampu merekodkan peningkatan KDNK yang begitu kecil.
Kehadiran dua wakil PH Sabah dalam Kabinet GRS sejak 2023 juga tidak mengubah keadaan dan Kerajaan GRS cuma mampu untuk memperkatakan kehadiran SK Nexilis dan SBH Kibing berulang kali sebagai kejayaan gabungan ini membawa pelaburan ke Sabah.
Ini menunjukkan bahawa tahap keyakinan para pelaburan terhadap GRS amat rendah dan hanya melalui sistem pentadbiran negeri yang cekap dan amanah sahajalah Sabah akan mengalami kerancakkan ekonomi yang sebenar.
Untuk tujuan ini, Wira Warisan gembira dengan kehadiran beberapa bekas-bekas Pegawai Kerajaan Persekutuan bukan politik yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pelaburan, ekonomi dan hubungan rantau Asia yang turut sama membantu Parti Warisan.
Terence Au
Ketua Wira
Parti Warisan
Saya sangat setuju dengan pendapat Salleh Said Keruak bahawa pengiraan kemiskinan tidak boleh hanya bergantung kepada angka semata-mata. Bantuan tunai dari Kerajaan memang membantu, tetapi ia bukanlah penyelesaian jangka panjang. Kerajaan perlu fokus pada pembukaan peluang pekerjaan dan perniagaan di kawasan pedalaman. Program membasmi kemiskinan yang telah lama berjalan perlu dinilai semula untuk memastikan keberkesanannya. Apakah langkah konkrit yang boleh diambil untuk memastikan program-program baru ini benar-benar berkesan?