Warisan Akan Tubuhkan Jawatankuasa Ombudsmen Sabah

Saya mendapat beberapa pertanyaan dari para penyokong Warisan dan rakan media mengenai isu agensi-agensi Kerajaan Negeri, pihak swasta serta individu-individu yang dikatakan mengusir keluar Orang Asal Sabah dari tanah yang mereka terokai sejak berdekad lalu.

Menurut maklumat yang saya terima, kebanyakkan Orang Asal Sabah yang terlibat membantah pengusiran tersebut kerana mereka telahpun membuat permohonan tanah terlebih dahulu dengan Kerajaan Negeri.

https://vt.tiktok.com/ZSh4tmu6a

Dalam isu ini, prinsip keadilan mesti ditegakkan dan Orang Asal Sabah perlu diberikan keutamaan ke atas permohonan tanah yang mereka terokai dan usahakan selama berdekad lamanya sekiranya tidak ada keperluan mendesak dari mana-mana agensi Kerajaan Negeri untuk mendapatkan semula tanah tersebut.

Oleh yang demikian dan sebagaimana yang telah dikatakan oleh Timbalan Presiden, Darell Leiking di Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, sekiranya Warisan mendapat mandat dari rakyat Sabah untuk menubuhkan Kerajaan Negeri yang baru, kita akan menubuhkan Jawatankuasa Ombudsmen yang dipengerusikan oleh bekas hakim-hakim untuk menyiasat isu pengusiran Orang Asal Sabah dari tanah yang mereka terokai ini.

Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Ombudsmen ini pula akan dijadikan panduan kepada Kerajaan Negeri dalam isu rampasan/pengusiran tanah ini tanpa membabitkan mana-mana parti politik. Ini akan memastikan isu ini bebas dari eksploitasi politik terutamanya menjelang pilihanraya sepertimana yang kita lihat hari ini.

Malah, Jawatankuasa Ombudsmen ini akan diperluaskan lagi skopnya untuk merangkumi perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri kepada rakyat Sabah khususnya yang berkaitan dengan pemberian lesen berniaga, sijil menduduki (‘Occupation Certificate’) dan sebagainya untuk memastikan Kerajaan Negeri yang baru mempertingkatkan kompetensinya, mengamalkan integriti dan menghapuskan budaya ‘Little Napoleon’ terutamanya di peringkat daerah.

Penubuhan Jawatankuasa Ombudsmen dalam masa 6 bulan (selepas Warisan membentuk Kerajaan Negeri yang baru) ini hanyalah satu daripada beberapa inisiatif yang akan kita diperkenalkan untuk merealisasikan Kerajaan Negeri yang cekap dan amanah untuk rakyat Sabah.

Datuk Loretto Padua Jr.
Setiausaha Agung
Parti Warisan

  • Related Posts

    Sabah Tidak Akan Maju dengan Mentaliti ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ — Warisan Seru Kepimpinan Berintegriti, Ada Visi dan Berdisiplin.

    KOTA KINABALU: Parti Warisan hari ini ingin merujuk kepada kenyataan terbaharu oleh Datuk James Ligunjang bertajuk “Sabah’s Remarkable Rise” yang disiarkan dalam JesseltonTimes. James sekali lagi mengulangi alasan lapuk yang…

    Read more

    Sabah Cannot Progress with ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ Mentality — We Need Leaders with Integrity, Vision and Discipline.

    PARTI Warisan today would like to refer to the latest statement by Datuk James Ligunjang, titled Sabah’s remarkable rise, JesseltonTimes. James continues parroting the same tired excuses while failing to grasp…

    Read more

    One thought on “Warisan Akan Tubuhkan Jawatankuasa Ombudsmen Sabah

    1. The water supply issues in Penampang have been a longstanding problem, and it’s disappointing to see that the situation has only worsened under the new government. It’s particularly frustrating that residents have stopped seeking help because they already know the excuses they’ll receive. The lack of transparency from the government agencies like Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air, and Jetama is unacceptable. How can the residents trust that the Urgent Water Supply Scheme (UWSS) project will actually solve the problem when there’s no clear progress or communication? It’s time for the government to stop making empty promises and start taking real action. What steps are being taken right now to ensure that the Kasigui plant is completed and functional? We deserve honest answers and immediate solutions.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *