
https://vt.tiktok.com/ZShGoBnvu
Beberapa hari yang lalu, Setiausaha Agung Parti Warisan, Datuk Loretto Padua Jr. telah mengumumkan inisiatif penubuhan Jawatankuasa Ombudsman Sabah dalam masa 6 bulan selepas Warisan mendapat mandat rakyat untuk membentuk Kerajaan Negeri yang baharu.
Wira Warisan menyokong penuh inisiatif tersebut kerana ini akan membolehkan rakyat Sabah yang terkesan dengan pelbagai jenis keputusan badan-badan Kerajaan GRS/PH yang kontroversi mendapat keadilan yang sepatutnya.
Ketidak-pedulian barisan Menteri Kabinet GRS/PH yang diketuai oleh Hajiji Mohd Noor untuk memperkenalkan reformasi dari segi integriti dan kecekapan terutamanya diperingkat daerah selama 5 tahun ini merupakan salah satu sebab mengapa rakyat Sabah hilang kepercayaan dengan GRS.
Sejurus GRS mengambil alih Kerajaan Negeri pada 2020, pelbagai insiden rampasan tanah dan pengusiran Orang Asal Sabah dari tanah adat yang mereka terokai terjadi sehinggakan beberapa siri demonstrasi mengenai tanah adat telah diadakan dihadapan bangunan Menara Kinabalu.
Penderitaan dan kesengsaraan yang dipikul oleh Orang Asal Sabah apabila rumah dan tanaman mereka telah diranapkan oleh jentolak tanpa belas kasihan merupakan salah satu sebab mengapa Wira Warisan amat setuju Ombudsmen ini ditubuhkan.
Melalui jawatankuasa ini, mereka yang terkesan akan mempunyai platform untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya.
Malah jawatankuasa ini juga boleh menyiasat isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat Sabah dikawasan bandar seperti tuduhan dan dakwaan yang hangat diperkatakan bahawa bangunan-bangunan di negeri ini yang dibina oleh pemaju-pemaju perumahan dari China adalah tidak berkualiti.
Kita tidak tahu samada kualiti pembinaan yang buruk ini adalah disebabkan oleh ‘Napoleon Kecil’ yang korup dalam pentadbiran Kerajaan Negeri (yang telah mengabaikan amanah untuk memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Sabah yang membeli rumah-rumah ini terpelihara) maka di sinilah jawatankuasa ini akan memainkan peranan yang penting.
Walaupun Sabah mempunyai Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan, kuasa dan siasatan tribunal tersebut terhad kepada perjanjian jual beli antara pemaju dan pembeli sahaja manakala skop siasatan Jawatankuasa Ombudsmen ini adalah lebih meluas dan penemuannya pula akan diguna-pakai dalam menentukan halatuju serta polisi Kerajaan Negeri dalam sektor pembinaan demi kepentingan rakyat Sabah.
Penubuhan Jawatankuasa Ombudsmen Sabah ini mampu mempertingkatkan integriti dan kompetensi badan-badan Kerajaan Negeri disamping memberikan peluang yang lebih besar kepada rakyat Sabah untuk mendapatkan keadilan yang sepatutnya.

Ketua Wira, Parti Warisan
Pengumuman Ketua Menteri tentang KDNK Sabah untuk 2024 memang menimbulkan banyak persoalan. Jika benar KDNK tidak berubah sejak 2023, apa sebenarnya yang telah dicapai oleh pentadbiran GRS selama ini? Kelesuan ekonomi yang dirasakan oleh peniaga kecil, pengusaha, dan masyarakat umum seolah-olah tidak diendahkan. Apakah langkah konkrit yang telah diambil untuk mengatasi isu kenaikan kos sara hidup dan kos perniagaan? Tiga perkara utama yang disebutkan oleh Wira Warisan sebenarnya mencerminkan kegagalan dasar ekonomi yang ada. Adakah GRS akan mengambil inisiatif untuk mengubah pendekatan mereka atau terus bergantung pada model ekonomi yang sudah ketinggalan zaman? Bagaimana pendapat anda tentang kemungkinan perubahan ini?
I want to see all the Sabahan people unite again for a better life. So fed up to see that we are now polluted in many matters.