Kertas Putih dan Siasatan Audit Negara

Warisan maklum dengan perbincangan di kalangan pihak-pihak berkepentingan mengenai prestasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Sabah yang dilihat tidak mencapai sasaran penubuhannya.

Kami juga menyambut baik sebarang usaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi GLC di Sabah kerana GLC mempunyai tanggungjawab untuk membantu Kerajaan Negeri pertamanya, melalui pembayaran dividen tahunan dan keduanya, untuk merancakkan kegiatan ekonomi di negeri ini.

Walaubagaimanapun, kami berpendapat bahawa sebelum sebarang pemerkasaan dilaksanakan, Kerajaan sepatutnya mengeluarkan Kertas Putih Kabinet mengenai mana-mana GLC dan agensi Kerajaan Negeri yang bermasalah dan membentangkannya di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu. 

Melalui kertas putih ini, rakyat Sabah yang berkepentingan seperti NGO, golongan pelajar kolej/universiti dan akademia, ahli-ahli ekonomi, persatuan dan pertubuhan perniagaan dan pihak awam akan tahu apakah sebenarnya punca yang menyebabkan GLC dan agensi kerajaan negeri gagal mencapai sasarannya serta langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini.

Ketelusan ini penting kerana pemantau yang terbaik di negeri ini ialah rakyat Sabah sendiri dan bukannya mereka yang dilantik oleh Ketua Menteri dari parti ataupun gabungan politik yang memerintah.

Pembentangan kertas putih ini juga akan membuktikan komitmen dari Kerajaan Negeri untuk memperbaiki prestasi GLC di negeri selari dengan teguran yang diberikan oleh Ketua Audit Negara melalui Laporan Audit Sabah tahunan dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan demi kenyataan untuk menutup kegagalan memerintah semata-mata.

GLC dan agensi yang bermasalah juga mesti disiasat oleh Jawatankuasa Audit Negara untuk mengelakkan ketirisan dari berterusan dan dalam keadaan ekonomi negeri yang begitu mencabar, perbelanjaan berhemah perlu ditekankan dan mana-mana lawatan ke luar negeri yang tidak perlu mesti dihentikan serta merta.

Oleh yang demikian, jika Warisan diberikan mandat oleh rakyat Sabah untuk mentadbir negeri ini, kita akan membentangkan Kertas Putih Kabinet di Dewan Undangan Negeri dalam masa 6 bulan antaranya:

i). isu Non-Performing Loan (NPL) sebanyak RM5 billion yang ditanggung oleh Sabah Development Bank (SDB) dan kewujudan ‘perakauanan kreatif’;

ii). isu pembatalan tanah konsensi Sabah Forest Industri (SFI) yang seterusnya diberikan kepada 3 syarikat dari Semenanjung Malaysia;

iii). isu krisis bekalan air dan elektrik di Sabah termasuklah kontraktor lori pembekal air yang mengenakan bayaran luar biasa;

iv). isu bailout hutang Sabah International Petroleum (SIP) sebanyak RM1.2 billion melalui terbitan Sukuk Wakalah sebanyak RM900 juta oleh SMJ Energy Sdn. Bhd. (SMJE); dan

v). lain-lain perkara berkaitan GLC dan agensi Kerajaan Negeri yang dibangkitkan oleh Warisan serta pembangkang yang lain yang tidak dijawab oleh Menteri Kabinet GRS/PH di Dewan Undangan Negeri.

Selain dari itu, Warisan juga akan meminta Jawatankuasa Audit Negara untuk membuat siasatan terperinci keatas mana-mana GLC dan agensi Kerajaan Negeri yang bermasalah.

Saya percaya bahawa Kertas Putih Kabinet dan siasatan Jawatankuasa Audit Negara ini merupakan langkah pertama untuk memperbaiki prestasi GLC serta agensi Kerajaan Negeri dan saya juga menjemput mana-mana parti politik yang akan bertanding pada pilihanraya negeri yang akan datang untuk sama-sama menyokong inisiatif Warisan ini demi kerajaan negeri baru yang lebih telus, kompeten dan bertanggungjawab.

Datuk Loretto Padua Jr.
Setiausaha Agung
Parti Warisan

  • Related Posts

    Sabah Tidak Akan Maju dengan Mentaliti ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ — Warisan Seru Kepimpinan Berintegriti, Ada Visi dan Berdisiplin.

    KOTA KINABALU: Parti Warisan hari ini ingin merujuk kepada kenyataan terbaharu oleh Datuk James Ligunjang bertajuk “Sabah’s Remarkable Rise” yang disiarkan dalam JesseltonTimes. James sekali lagi mengulangi alasan lapuk yang…

    Read more

    Sabah Cannot Progress with ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ Mentality — We Need Leaders with Integrity, Vision and Discipline.

    PARTI Warisan today would like to refer to the latest statement by Datuk James Ligunjang, titled Sabah’s remarkable rise, JesseltonTimes. James continues parroting the same tired excuses while failing to grasp…

    Read more

    One thought on “Kertas Putih dan Siasatan Audit Negara

    1. Pencapaian KDNK Sabah yang hanya RM83.2 billion untuk 2024 memang mengecewakan. Dengan peruntukan berpuluh billion ringgit dari Kerajaan Persekutuan, sepatutnya Sabah mampu mencapai KDNK antara RM95 hingga RM100 billion. Persoalannya, ke mana perginya wang tersebut? Adakah ia digunakan dengan efisien atau ada kebocoran dalam pengurusan? Pelabur dalam dan luar negara pasti akan tertarik jika masalah asas seperti bekalan air, elektrik, dan ancaman banjir dapat diselesaikan. Namun, ketidakpastian ini membuatkan mereka ragu untuk melabur. Adakah Kerajaan GRS mempunyai strategi konkrit untuk menangani isu-isu ini dalam jangka masa yang ditetapkan? Bagaimana dengan pengusaha tempatan yang sudah lama bergelut dengan masalah ini—apakah pandangan mereka?

    2. Saya rasa pengumuman ini menimbulkan banyak persoalan tentang pengurusan ekonomi Sabah. Kenapa KDNK Sabah hanya RM83.2 bilion padahal peruntukan yang diberikan jauh lebih besar? Adakah wang pembayar cukai digunakan dengan efisien? Saya fikir, jika masalah asas seperti bekalan air dan elektrik tidak diselesaikan, pelabur pasti akan ragu-ragu untuk melabur. Apakah langkah konkrit yang akan diambil oleh Kerajaan GRS untuk menarik minat pelabur? Saya rasa, tanpa keyakinan pelabur, sukar untuk Sabah mencapai potensi ekonominya yang sebenar. Adakah ada pelan jangka panjang untuk mengatasi isu-isu ini? Saya berharap kerajaan dapat memberikan penjelasan yang lebih jelas dan tindakan yang lebih efektif.

    3. Pengumuman Ketua Menteri Sabah tentang KDNK RM83.2 billion bagi tahun 2024 memang mengecewakan. Dengan sokongan kukuh dari Kerajaan Persekutuan, sepatutnya lebih banyak pelaburan dan pembangunan dapat dicapai. Persoalannya, ke manakah perginya wang pembayar cukai yang bernilai berpuluh billion ringgit? Apakah GRS benar-benar tidak mampu menguruskan ekonomi negeri ini dengan baik? Masalah bekalan air, elektrik, dan ancaman banjir masih berleluasa, menyebabkan pelabur enggan datang. Sedih melihat potensi besar Sabah yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Adakah GRS mempunyai pelan konkrit untuk menyelesaikan isu-isu ini dalam waktu terdekat? Apa pendapat anda? Apakah langkah seterusnya yang perlu diambil untuk memulihkan keyakinan pelabur?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *