Warisan: SFI Mesti Dihidupkan Semula

Saya telah mendapat pertanyaan dari pemimpin akar umbi dan penyokong parti Warisan serta pemimpin masyarakat samada kita perlu menghidupkan Sabah Forest Industries (SFI) semula ataupun tidak.

Sebagai sebuah negeri yang mengutamakan industri perhutanan secara mampan (sustainable), Sabah memerlukan satu entiti yang akan menerajui industri pemprosesan kayu kayan, kertas dan palpa negeri ini.

Melalui entiti ini, Kerajaan Negeri akan dapat mengawal-selia dan memperkasakan polisi serta halatuju industri kayu kayan, kertas dan palpa dari masa ke semasa mengikut keperluan semasa global.

Ianya sangat memalukan dan jelas menunjukkan ketidak-upayaan Kabinet Menteri GRS/PH jika SFI sebagai satu entiti dari Sabah yang pada suatu masa dahulu diakui keunggulannya di Malaysia dalam industri perkayuan, kertas dan palpa dibiarkan mati begitu sahaja.

Antara buku tambahan (rujukan, aktiviti dan latih tubi) yang boleh disediakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah & menengah dari golongan B40 menggunakan pelan strategik Kementerian Pendidikan Sabah dengan SFI nanti

Sebagai sebuah entiti yang bersifat ‘labour intensive’, SFI dapat menjana ribuan peluang pekerjaan yang berterusan kepada rakyat Sabah dari daerah Sipitang serta daerah-daerah berdekatan seperti Beaufort, Pensiangan, Keningau dan Tenom.  

Saya juga diberitahu bahawa SFI sebenarnya juga membantu dalam merancakkan kegiatan ekonomi di daerah Sipitang terutamanya dalam sektor perkhidmatan seperti peruncitan apabila pekerja-pekerja syarikat ini membeli barangan keperluan mereka dari peniaga-peniaga tempatan.

Ini bermakna SFI berpotensi untuk mengurangkan insiden kemiskinan mutlak di daerah-daerah yang disebutkan diatas.

Penyelidikan yang dibuat oleh JPRN Warisan juga mendapati bahawa SFI boleh membantu dalam memperkasakan sistem pendidikan dan kadar literasi negeri ini melalui penerbitan dan pencetakkan buku bacaan NILAM, buku rujukan dan buku aktiviti untuk kegunaan puluhan ribu murid-murid sekolah rendah dan menengah dari keluarga B40 terutamanya dikawasan luar bandar dan Pedalaman.

Harga buku tambahan (rujukan, aktiviti dan latih tubi) yang agak membebankan untuk ibu bapa disamping kesukaran mendapatkan stoknya di kawasan luar bandar dan Pedalaman Sabah

Kertas yang kita dikeluarkan sendiri melalui SFI dapat mengurangkan kos penerbitan dan pencetakkan buku-buku tambahan ini yang akan diselia oleh Kementerian Pendidikan Sabah yang kita akan hidupkan semula – harapan kita di Warisan ialah anak-anak Sabah akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan utama seperti SPM dan STPM setanding dengan pelajar-pelajar di Semenanjung.

Saya juga maklum mengenai kemelut yang sedang melanda SFI pada hari ini dan pada pandangan peribadi saya, ini semua adalah disebabkan oleh ketidak-pedulian barisan Kabinet Menteri GRS/PH pada hari ini termasuklah Ketua Menteri Hajiji Mohd Noor untuk mencari jalan menyelamatkan SFI yang suatu ketika dahulu kita banggakan.

Jika Hajiji sanggup membenarkan bail-out keatas Sabah International Petroleum (SIP) yang berhutang sebanyak RM1.2 billion dengan Sabah Development Bank (SDB) melalui penerbitan Sukuk sebanyak RM900 juta oleh SMJ Energy (SMJE), mengapakah Hajiji tidak berminat untuk membantu SFI?

Malah Hajiji telah melupuskan konsesi balak SFI yang cukup besar dan memberikannya kepada 3 syarikat dari Malaya maka adakah slogan Hajiji yang sebenarnya ialah ‘Sabah Untuk Malayans’?

Ketidak-pedulian Kabinet Menteri GRS/PH terhadap SFI amat dikesali dan oleh kerana itulah, jika Warisan membentuk Kerajaan Negeri yang baru nanti, kita akan menerbitkan dan membentangkan Kertas Putih Kabinet terhadap SFI mengenai penjualannya pada 2016, isu pelupusan konsensi balak SFI dan isu tunggakan pembayaran gaji pekerja SFI.

Datuk Loretto Padua Jr.
Setiausaha Agung
Parti Warisan

  • Related Posts

    Sabah Tidak Akan Maju dengan Mentaliti ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ — Warisan Seru Kepimpinan Berintegriti, Ada Visi dan Berdisiplin.

    KOTA KINABALU: Parti Warisan hari ini ingin merujuk kepada kenyataan terbaharu oleh Datuk James Ligunjang bertajuk “Sabah’s Remarkable Rise” yang disiarkan dalam JesseltonTimes. James sekali lagi mengulangi alasan lapuk yang…

    Read more

    Sabah Cannot Progress with ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ Mentality — We Need Leaders with Integrity, Vision and Discipline.

    PARTI Warisan today would like to refer to the latest statement by Datuk James Ligunjang, titled Sabah’s remarkable rise, JesseltonTimes. James continues parroting the same tired excuses while failing to grasp…

    Read more

    One thought on “Warisan: SFI Mesti Dihidupkan Semula

    1. Isu pengusiran Orang Asal Sabah ini memang menyentuh hati. Sudah lama mereka mengusahakan tanah tersebut, jadi tidak adil jika mereka diusir begitu saja. Saya setuju dengan pendapat bahwa keadilan harus ditegakkan dan hak mereka harus diutamakan. Namun, apakah Jawatankuasa Ombudsmen ini benar-benar dapat menyelesaikan masalah tanpa campur tangan politik? Saya rasa ini langkah yang baik, tapi bagaimana dengan jaminan bahwa keputusan mereka akan benar-benar dilaksanakan? Apakah ada mekanisme untuk memastikan transparansi dalam proses ini? Menurut saya, ini adalah langkah awal yang penting, tapi perlu ada pengawasan yang ketat agar tidak terjadi penyalahgunaan kekuasaan. Bagaimana pendapat Anda tentang kemungkinan keberhasilan Jawatankuasa Ombudsmen ini?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *