Retorik SMJ di Kuamut: Janji Manis, Realiti Pahit

Cadangan mewujudkan perkampungan khas SMJ di Tongod yang kononnya merupakan modul pertama di Sabah dan diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah kedengaran gah di atas kertas.

Namun, rakyat Sabah harus sedar bahawa pengumuman tersebut hanyalah retorik politik untuk memancing undi menjelang pilihan raya.

Apakah kita lupa?

Konsep sebegini tidak jauh beza dengan skim geran komunal yang pernah diperkenalkan beberapa tahun dahulu yang telah dimansuhkan pada 2018 oleh Kerajaan Warisan kerana meminggirkan hak orang asal, menafikan suara mereka dan menimbulkan lebih banyak masalah daripada penyelesaian.

Sebelum GRS mahu berangan-angan untuk memperkenalkan “skim baru”, kes permohonan tanah bertindih yang dihadapi oleh Orang Asal Sabah serta kes pengusiran mereka dari tanah adat yang tiba-tiba menjadi kerap sepanjang pemerintahan GRS patut diselesaikan terlebih dahulu.

Apa gunanya menjanjikan perkampungan moden jika pada masa yang sama, Orang Asal Sabah masih diusir dari tanah adat sendiri?

Orang Asal Sabah tidak meminta perkampungan buatan. Apa yang mereka mahukan ialah tanah milik mereka sendiri yang boleh diwarisi, diusahakan dan dijadikan sumber pendapatan untuk menampung keluarga masing-masing. Dengan tanah tersebut, mereka boleh menjalankan aktiviti pertanian, berniaga dan hidup bermaruah tanpa bergantung sepenuhnya kepada janji kosong GRS.

Lebih penting lagi, siapa yang akan menanggung kos infrastruktur dan utiliti untuk projek perkampungan SMJ ini? Jalan raya, bekalan air, elektrik, dewan, tabika, klinik semuanya memerlukan peruntukan besar.

Adakah Kerajaan Sabah mempunyai kemampuan kewangan untuk  menyalurkan dana kepada perkampungan khas SMJ ini dikala keadaan infrastruktur dan utiliti diseluruh negeri ini terutamanya di kawasan bandar masih berada dalam keadaan yang menyayat hati?

Atau adakah GRS sekadar mahu menanam janji sementara rakyat dibiarkan menunggu tanpa kepastian?

Rakyat tidak boleh terus dipermainkan dengan skim bersyarat dan janji manis yang berulang-ulang. Jika kerajaan serius mahu membela rakyat, berikan hak milik tanah individu kepada orang asal dan bukan lagi skim atau konsep yang hanya menguntungkan segelintir pihak.

Dan sudah tiba masanya rakyat Kuamut dan seluruh Sabah menilai dengan mata hati samada adakah ini ialah perjuangan untuk rakyat ataupun sekadar gula-gula politik dari GRS menjelang PRN?

Norfaizah Chua
Ketua Wanita
Parti Warisan

  • Related Posts

    Sabah Tidak Akan Maju dengan Mentaliti ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ — Warisan Seru Kepimpinan Berintegriti, Ada Visi dan Berdisiplin.

    KOTA KINABALU: Parti Warisan hari ini ingin merujuk kepada kenyataan terbaharu oleh Datuk James Ligunjang bertajuk “Sabah’s Remarkable Rise” yang disiarkan dalam JesseltonTimes. James sekali lagi mengulangi alasan lapuk yang…

    Read more

    Sabah Cannot Progress with ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ Mentality — We Need Leaders with Integrity, Vision and Discipline.

    PARTI Warisan today would like to refer to the latest statement by Datuk James Ligunjang, titled Sabah’s remarkable rise, JesseltonTimes. James continues parroting the same tired excuses while failing to grasp…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *