Loretto kepada Mustapha: Jangan Lindungi Kelemahan Parti Anda

Saya maklum dengan sidang media hari ini oleh Pengerusi PKR Sabah, Mustapha Sakmud yang menuduh Warisan sebagai tidak sensitif dengan bencana banjir di negeri ini apabila parti ini mengadakan program partinya.

Untuk pengetahuan Mustapha, Warisan ialah salah satu ‘first responder’ yang terawal turun untuk memberikan bantuan yang diperlukan kepada mangsa-mangsa banjir minggu lalu.

Malah ketika banjir terjadi di Penampang dan Papar minggu lalu, Presiden Warisan, Shafie Apdal merupakan pemimpin yang terawal turun melihat keadaan di sana. Beliau juga telah memberikan arahan kepada Warisan Bahagian Penampang untuk memasak makanan untuk mangsa-mangsa banjir.

Sejak 2018 lagi, Warisan merupakan first responder setiap kali banjir terjadi di negeri ini. Shafie juga kerapkali memberikan peringatan kepada ketua-ketua bahagian agar peka dengan tanggungjawab mereka sebagai first responder maka kebanyakkan daripada mereka ini sudah biasa untuk turun tanpa menunggu arahan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Bantuan dari Warisan (yang dibantu oleh para sukarelawan dan  NGO) kepada mangsa-mangsa banjir juga masih berterusan sehingga ke hari ini maka tidak ada salahnya jika pada masa yang sama, Warisan meneruskan program politiknya.

Ini amat berlainan sekali dengan cabang-cabang PKR Sabah yang tidak pernah terlatih untuk menjadi first responder walaupun mereka membentuk Kerajaan Negeri bersama-sama GRS. Jika cabang-cabang PKR Sabah sudah terlatih menjadi first responder, maka tidak ada keperluannya untuk PKR Pusat mengeluarkan memo yang mengarahkan ketua-ketua cabang untuk turun membantu mangsa banjir. 

Maka adalah tidak salah untuk saya merumuskan bahawa kepimpinan yang lemah, ketidak-pedulian dan ketidak-biasaan oleh ketua-ketua cabang PKR Sabah untuk bertindak sebagai first responder menyebabkan kebanyakkan daripada mereka hanya turun ke padang selepas 48 jam kejadian banjir.

Ini jelas menunjukkan kelemahan dalam pengurusan daerah oleh GRS termasuklah juga di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh PKR Sabah. Tidak ada sebarang perubahan yang dalam mitigasi banjir sekalipun PKR membentuk Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Sebagai salah sebuah parti yang membentuk Kerajaan Negeri Sabah bersama-sama GRS, PKR Sabah dan khususnya Mustapha tidak boleh melarikan diri dari kegagalan mereka secara kolektif dan bersama untuk menyelesaikan masalah banjir yang berlarutan di negeri ini dengan mencari kesalahan Warisan yang merupakan pembangkang dinegeri ini.

Hanya satu sebab mengapa PKR Sabah dan Mustapha secara tiba-tiba menunjukkan keprihatinan mereka terhadap bencana banjir di Sabah yang telahpun berlaku berkali kali sejak 2020 iaitu kerana PRN akan diadakan tidak lama lagi.

Datuk Loretto Padua Jr.
Setiausaha Agung
Parti Warisan

  • Related Posts

    Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

    Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600…

    Read more

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *