Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600 murid Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) di 1,074 sekolah di bawah Program Bantuan Sosial Sekolah. 

Keperihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan murid sekolah rendah di negeri dengan meneruskan program bantuan pakaian seragam sekolah percuma ini amatlah dihargai lebih-lebih apabila pada hari ini, ramai ibubapa terutamanya dikawasan luar bandar terhimpit dengan bebanan inflasi barangan dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Namun salah satu keluhan yang sering diutarakan oleh para ibubapa mengenai bantuan pakaian seragam percuma ini ialah kualiti kain yang dikatakan nipis dan potongannya pula seakan-akan dibuat sambil lewa. Oleh yang demikian, saya berharap kerajaan meneliti perkara ini agar murid sekolah rendah kita mendapat pakaian yang lebih berkualiti melalui peruntukan yang disediakan dalam belanjawan ini.

Saya juga berpendapat bahawa mungkin ada baiknya jika peruntukan (RM26.06 juta) ini disalurkan dalam bentuk baucar untuk membolehkan ibubapa mendapatkan sendiri pakaian sekolah anak mereka di kedai pakaian terpilih di pekan ataupun bandar.

Dari RM26.06 juta ini, kerajaan negeri memperuntukan secara purata RM115 kepada setiap murid dan jumlah ini sebenarnya mencukupi dalam pembelian sehelai seluar panjang sekolah, sehelai baju sekolah, sepasang kasut serta alat tulis melalui sistem baucar ini.

WhatsApp Image 2025 12 19 at 15.23.07

Kerajaan negeri juga perlu mempertimbangkan untuk memperluaskan lagi Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) harian kepada 227,600 murid sekolah ini agar proses pembesaran tubuh badan dan perkembangan otak mereka berjalan dengan lancar. Antara makanan berkhaisat yang perlu ada termasuklah susu segar, telur Omega-3 dan pisang.

Walaupun program RMT memang ada dilaksanakan di sekolah rendah pada ketika ini, ianya terhad kepada murid tertentu sahaja. Program ini sepatutnya dinikmati oleh semua murid, lebih-lebih lagi apabila semua ibu bapa kini berdepan dengan kegawatan ekonomi serta peningkatan kos sara hidup.

Kerajaan negeri juga perlu menyediakan peruntukan untuk membina, memperbaiki, menaik taraf atau menukar perabot usang seperti tilam, dapur dan lokar di asrama sekolah, khususnya di kawasan luar bandar. Kita mesti memastikan asrama sekolah untuk anak-anak Sabah selesa dan selamat agar pembelajaran mereka menjadi lebih kondusif.

Kita tidak mahu anak-anak Sabah keciciran dalam pendidikan atas alasan sekolah yang ada adalah jauh. Kita juga tidak mahu mereka terdedah kepada bahaya setiap hari contohnya menyeberangi sungai yang deras ataupun laut yang bergelora. 

Saya juga merasa dukacita kerana tidak ada peruntukan disediakan untuk memperluaskan lagi Program Dwi-Bahasa (Dual Language Program, DLP) ke seluruh negeri. Peruntukan DLP amat diperlukan, khususnya bagi melatih guru, pelaksanaan program dan pembelian alat bantu mengajar. 

DLP mesti diberi keutamaan oleh kerajaan negeri bukan hanya untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan murid sekolah di Negeri Sabah tetapi untuk memudahkan pembelajaran mereka dalam bidang sains dan teknologi — terutamanya dalam inovasi dan penyelidikan (R&D) — apabila mereka melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti kelak.

Christopher Masudal 
Pengarah Komunikasi Strategik 
Parti Warisan

  • Related Posts

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    Warisan Should Establish a Sabah State-Owned University — Inclusive, Free, and UEC-Recognised

    KOTA KINABALU — The Change Advocate Movement Sabah (CAMOS) today urged Parti Warisan to make the establishment of a Sabah State University one of its main agendas when it returns…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *