Apa Terjadi Dengan Laporan SPRM SFI?

Saya merujuk kepada saman yang dibuat oleh Sabah Forest Industries (SFI) dan Penerimanya (Receivership) terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Kerajaan Negeri Sabah baru-baru ini.

Saya mendapat tahu bahawa pada 5 Disember 2024, SFI telah membuat laporan SPRM mengenai kegiatan pengalihan dan pengeksportan kayu balak dari kawasan konsesi balak milik SFI oleh sebuah syarikat bernama Salico Asia Sdn. Bhd. tanpa kebenaran dari SFI.

Terrence Siambun

Walaupun SFI telah diisytiharkan muflis pada 15 November 2021, SFI berjaya dalam rayuan Penangguhan Prosiding-nya (Stay Order) dan pada 8 November 2024, Mahkamah Rayuan menetapkan bahawa konsesi balak yang dicerobohi ini masih dimiliki oleh SFI.

Ini bermakna pengalihan dan pengeksportan kayu balak oleh Salico Asia Sdn. Bhd.  tanpa kebenaran dari SFI ini adalah salah tetapi mengapakah syarikat ini berani berbuat demikian?

Satu perkara penting disini ialah pencerobohan, pengalihan dan pengeksportan kayu balak dari kawasan konsesi balak SFI ini dibuat setelah Ketua Menteri, Hajiji Noor telah membatalkan konsesi (yang dimiliki oleh SFI ini) pada 16 Ogos 2021.

Pembatalan konsesi SFI ini kini menyebabkan Kerajaan Negeri Sabah berdepan dengan saman bernilai RM1.2 billion dan saman ini mungkin merupakan saman pembatalan konsesi yang terbesar dalam sejarah Malaysia.  

Tetapi perkara yang menjadi kemusykilan saya dalam kemelut SFI ini ialah ketiadaan sebarang maklumbalas dari SPRM selepas SFI membuat laporan pada 5 Disember 2024 tersebut.

Perkara yang sama juga dilihat dalam isu rampasan tanah yang dialami oleh komuniti Orang Asal dikawasan Pedalaman sepanjang 5 tahun GRS mentadbir negeri ini – beberapa laporan SPRM telahpun dibuat oleh Malaysia Human Rights Organization (MHO) pada 2023 tetapi kita tidak mendengar sebarang penangkapan dibuat.

Apa yang lebih mengecewakan lagi ialah kita masih mendengar komuniti Orang Asal Sabah di Pedalaman Sabah berdepan dengan tindakan pengusiran dari tanah yang nenek moyang mereka telah terokai seperti di Mansiat, Sook.

Oleh yang demikian, saya minta jasa baik dari Ketua SPRM, Azam Baki atau mana-mana Menteri dari Kerajaan Perpaduan untuk memberikan penerangan kepada kita semua apakah sebenarnya status berkaitan dengan laporan-laporan ini.

Dan saya juga telahpun mengusulkan kepada kepimpinan tertinggi parti bahawa sejurus membentuk Kerajaan Negeri yang baru, Kertas Putih akan disediakan bukan hanya untuk SFI tetapi juga untuk Sabah Development Bank Berhad (SDB) dan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Kertas Putih ini perlu dibuat untuk membolehkan rakyat Sabah tahu mengapa kedua-dua entiti milik Kerajaan Negeri yang berpotensi menjana pendapatan berbillion ringgit setahun ini menunjukkan prestasi yang buruk dibawah GRS.

Rakyat Sabah sudah cukup bosan dengan segala macam penyalahgunaan kuasa dan rasuah samada dari peringkat tertinggi mahupun daerah dan inilah punca utama mengapa negeri ini kekal termiskin di Malaysia sehingga ke hari ini.

Terrence Siambun
Naib Presiden
Parti Warisan

  • Related Posts

    Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

    Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600…

    Read more

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *