Pelabur Luar Tidak Yakin Dengan GRS?

Saya merujuk kepada pengumuman Ketua Menteri Sabah, Hajiji Mohd. Noor baru-baru ini bahawa Sabah merekodkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah sebanyak RM83.2 billion untuk 2024.

Pencapaian KDNK Negeri Sabah yang tidak memberansangkan ini mencerminkan ketidak-mampuan pemimpin-pemimpin GRS untuk mengurus-tadbir kerajaan dan ekonomi negeri ini walaupun Kerajaan GRS mendapat sokongan kukuh dari Kerajaan Persekutuan PN/BN dan seterusnya Kerajaan Perpaduan sepanjang 5 tahun ini.

Norfaizah Chua

Ke manakah perginya wang pembayar cukai bernilai berpuluh billion ringgit yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan GRS setiap kali Belanjawan tahunan Persekutuan dibentangkan?

Jika kita mengambil kira peruntukkan bernilai berpuluh billion ringgit yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan PN/BN dan Kerajaan Perpaduan untuk Kerajaan GRS melalui Belanjawan tahunan Persekutuan sejak 2020 lagi, Sabah sepatutnya merekodkan pencapaian KDNK antara RM95 hingga RM100 billion pada hari ini.

Para pelabur dalam dan luar negara sepatutnya akan teruja melihat peruntukkan-peruntukkan yang bernilai berpuluh billion ringgit ini yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan GRS setiap tahun dan berpendapat Sabah ialah destinasi pelaburan baru yang akan menjanjikan keuntungan.

Saya berpendapat pelabur akan datang jika mereka yakin bahawa Kerajaan GRS akan mampu menyelesaikan masalah yang akan mengganggu pelaburan mereka seperti bekalan air, elektrik, ancaman banjir, kos tanah dan tenaga kerja dalam satu jangka masa yang ditetapkan.

Tetapi mereka tidak datang kerana mereka tidak yakin dengan GRS.

Kita tidak perlu mendapatkan maklumbalas dari pelabur luar yang berminat untuk datang ke Sabah – tanya sahaja para pengusaha industri yang sedia ada di Sabah samada mereka berpuas hati dengan masalah bekalan air dan elektrik serta banjir yang mengganggu perniagaan mereka pada waktu mereka sedang berhempas pulas untuk melangsaikan hutang modal perniagaan mereka bernilai antara puluhan ribu dan jutaan ringgit.

Jika pengusaha industri yang sedia ada di Sabah pun sudah hilang keyakinan dengan GRS, apatah lagi dengan pelabur-pelabur luar yang sebenarnya berminat untuk datang dan melabur disini?

Malah, satu demi satu kampung, pekan, bandar dan daerah di Sabah sebenarnya sudah hilang keyakinan dengan kemampuan GRS untuk mentadbir negeri ini.

Jika ketidak-percayaan oleh pemain industri ini berterusan, maka ekonomi Sabah akan terus merundum kerana pekerjaan tidak dapat dijana dan industri sokongan terutamanya berkaitan dengan sektor perkhidmatan akan terbantut.

Norfaizah Chua
Ketua Wanita
Parti Warisan

  • Related Posts

    Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

    Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600…

    Read more

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    One thought on “Pelabur Luar Tidak Yakin Dengan GRS?

    1. It’s interesting to see how DAP Sabah has consistently reaffirmed its position within the GRS-led government despite the ongoing corruption allegations. The statements from leaders like Datuk Phoong Jin Zhe and Vivian Wong show a clear effort to maintain unity and focus on governance. However, I wonder if this approach is enough to address the public’s growing concerns about corruption. The emphasis on coalition dynamics and political stability is understandable, but shouldn’t there be more proactive measures to ensure transparency and accountability? The public’s trust is at stake, and it feels like more concrete actions are needed to restore confidence. What specific steps is DAP Sabah taking to ensure that these allegations are thoroughly investigated? And how do they plan to demonstrate their commitment to combating corruption beyond just statements? It’s crucial to see real progress, not just political assurances.

    2. This text highlights the ongoing political dynamics in Sabah, particularly concerning corruption allegations and the stance of DAP within the GRS-led government. It’s interesting to see how DAP Sabah maintains its autonomy while aligning with the coalition’s collective position. The emphasis on combating corruption is crucial, but I wonder if the public’s concerns are being adequately addressed. The mention of potential collaboration between GRS and PH in the next election adds another layer of intrigue. Do you think this collaboration will strengthen the fight against corruption, or will it complicate the political landscape further? It’s also worth noting the gratitude expressed towards the Chief Minister for protecting Sabah’s natural resources—this seems like a positive step, but how effective are these measures in practice? Overall, the text raises important questions about accountability and transparency in Sabah’s governance. What are your thoughts on the current administration’s approach to these issues?

    3. This text highlights the ongoing political dynamics in Sabah, particularly regarding corruption allegations and the stance of DAP within the GRS-led government. It’s interesting to see how DAP reiterates its position while balancing autonomy and coalition commitments. The Chief Minister’s openness to collaborate with PH in the next elections adds another layer to the political discourse. However, I wonder if the public’s growing concern about corruption will drive more decisive action from leaders, especially with the next government. Do you think DAP’s repeated assurances are enough to address public skepticism? How can they ensure their actions match their words to genuinely combat corruption? Your insights would be valuable!

    4. It’s interesting to see how DAP Sabah maintains its position despite the serious corruption allegations. I appreciate their emphasis on autonomy while still aligning with the coalition’s collective stance. However, I’m curious about how they plan to address these allegations effectively and ensure accountability. It’s crucial for the public to see concrete actions rather than just statements. Do you think the collaboration between GRS and PH in the next election will bring about real change? The focus on safeguarding Sabah’s natural resources is commendable, but I wonder if it’s enough to restore public trust. How do you think the next state government can prove its commitment to combating corruption? I’d like to hear more about the specific steps being taken to address these issues. What are your thoughts on the current handling of the situation?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *