
Mazliwati Datuk Abdul Malek Chua hari ini membidas saranan Gapari untuk memperingati 31 Ogos 1963 sebagai Hari Kemerdekaan Sabah sebagai kurang pemahaman mengenai keseluruhan Proses Dekolonisasi. “Kami bersedia untuk kemerdekaan sebenar. Tanya mana-mana rakyat Sabah, mereka akan memberitahu anda perkara yang sama. Bagaimanapun, mengumumkan kita Merdeka tanpa prosedur yang betul akan mengulangi kesilapan yang sama seperti Sarawak”.

Sabah sedang dalam proses dekolonisasi dan prosedur tertentu perlu dipatuhi untuk kita dapat menyelesaikan proses tersebut. “Kita telah kehilangan sejarah sebenar Sabah, jadi saya tidak hairan jika masih ramai yang tidak menyedari perkara ini” Apabila Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memasukkan Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada Tanah Melayu pada tahun 1976, itu adalah satu pelanggaran kepada Perkara 159(4)(bb) dan peruntukan yang diberikan di bawah Art161E hanya membenarkan pindaan tersebut jika ia bertujuan untuk menyamakan atau mengasimilasikan kedudukan Sabah Sarawak dengan kedudukan Tanah Melayu.
Di dalam perkara ini, Sabah Sarawak menjadi berhak untuk Merdeka. Prosedur untuk membetulkan perkara ini diperuntukkan di bawah perenggan 30(2) IGC di mana Sabah perlu bersetuju di DUN untuk membetulkan dan membuat beberapa Penyusunan Perlembagaan Khas dan menyediakan Rang Undang-undang Persekutuan untuk dibentangkan kepada Parlimen bagi undi majoriti mudah Parlimen. Dari situ, Sabah dan Sarawak akan merdeka secara individu/bersama. Kita telah terlepas peluang ini.
Walaupun status Sabah dan Sarawak masih terikat sebagai salah satu negeri Malaya melalui tafsiran Art160(2) kepada “Persekutuan”, ianya masih belum diuji sama ada kita boleh menggunakan Perenggan 30(2) IGC. “Saya mahu melihat DUN memikirkan jalan ini ke arah Kemerdekaan”. Cara lain ialah dengan menuntut Kerajaan Malaysia, yang merupakan Pentadbir Amanah bagi Sabah dan Sarawak, untuk menghantar Laporan Art73e di bawah Resolusi PBB 1541 (Bab XI). Boleh dibidas bahawa ‘Berkerajaan Penuh Sendiri’ adalah suatu evolusi dan kemajuan yang dinamik, yang mana masih boleh dipertikaikan Sabah belum mencapainya.
“Kita sememangnya mahukan Kemerdekaan. Tetapi biarlah ianya Kemerdekaan Sebenar dan bukan semata-mata mengikut Sarawak, yang pada pendapat saya juga tersilap,” katanya.
“Sarawak tidak mempunyai kemerdekaan yang sebenar. Sarawak hanya menerima begitu banyak keberuntungan kerana kedudukan politik yang kukuh. Ianya bukan kerana ‘kemerdekaan’. Kemerdekaan di dalam erti sebenar ialah mempunyai kesemua kuasa dan hak yang dimiliki oleh Malaya, termasuk Hal Ehwal Luar Negara, tentera dan sebagainya” tambahnya.
Beliau bimbang proses dekolonisasi tidak akan dapat diselesaikan jika Sabah terpedaya dengan mempercayai bahawa mereka telah sampai ke destinasi t