Adakah PH Sabah Menyokong SLS?

Keputusan Peguam Persekutuan untuk meneruskan cabaran mereka terhadap semakan kehakiman oleh Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) ke peringkat Mahkamah Persekutuan pada 16 Julai 2024 (dan hanya diketahui umum pada 24 Julai) adalah dikesali.

Yusri Bin Pungut
Yusri Bin Pungut

Warisan ialah pihak yang pertama sekali secara terbuka memberi sokongan kepada SLS dan Kerajaan Negeri pimpinan GRS hanya berbuat demikian selepas bekas peguam mereka membuat beberapa kesilapan semasa pendengaran berlangsung di Mahkamah Rayuan pada 16 Mei 2024.

Pada 25 Mei 2024, PH Sabah menyatakan sokongan mereka terhadap keputusan Kerajaan Negeri untuk menggugurkan cabaran terhadap SLS dan seterusnya menyatakan bahawa mereka (PH Sabah) akan memastikan isu berkaitan pembayaran 2/5 (40%) itu akan diselesaikan melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan dan Jawatankuasa Teknikal (Jawatankuasa MA63) yang diketuai oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri II.

Yang menariknya, apabila PH Sabah menggugurkan Saman Pemula mereka terhadap kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pada 19 September 2023 yang lalu, media telah melaporkan bahawa alasan mereka berbuat demikian ialah kerana pembentukan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Jawatankuasa Teknikal MTPM63 (Jawatankuasa Teknikal) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri II.

Pendek kata, PH Sabah telah merujuk kepada MTPMA63 sebagai kewajaran dalam kedua-dua keputusan yang mereka ambil.

Walau bagaimanapun, setahun telahpun berlalu dan tiada apa-apa yang signifikan telah dicapai oleh MTPMA63 berkaitan dengan penyelesaian hak Sabah keatas 2/5 (40%) itu selain daripada ketidak-patuhan tarikh akhir 18 Julai dan drama tunding-menuding.

Berikutan dengan cabaran baru yang difailkan oleh Peguam Persekutuan di peringkat Mahkamah Persekutuan, adakah PH Sabah kini secara kolektif dan terbuka menyokong SLS ataupun masih mengatakan bahawa MTPMA63 ialah platform yang tepat untuk penyelesaian isu 2/5 (40%) ini walaupun setahun yang berlalu telah diwarnai dengan kelewatan, ketidak-patuhan garis masa serta drama yang berterusan?

Jika PH Sabah menyokong SLS, maka sudah pastinya pakatan tersebut akan memujuk Perdana Menteri untuk mengarahkan Peguam Persekutuan untuk menarik balik cabaran baharu yang difailkan di Mahkamah Persekutuan itu.

Dan jika PH Sabah tidak dapat menegaskan ataupun membebaskan dirinya sendiri dari cengkaman politik Tuan mereka, maka mereka sepatutnya menyokong gesaan oleh Warisan berkaitan dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Tetap untuk MA63 (dan juga hak Sabah keatas 2/ 5 (40%) cukai yang dikutip).

Yusri Bin Pungut
Ketua Penerangan Bahagian Warisan Sipitang
Peguambela & Peguamcara di Sabah
25 Julai 2024

  • Related Posts

    GRS’ “Economic Success” Claim Is Built on Propaganda and Half-Truths — Warisan’s Record Speaks for Itself

    Kota Kinabalu — The attempt by Datuk John Ambrose to paint the Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-PH government as an “economic success story” compared to the Warisan administration is a textbook…

    Read more

    Sabah Tidak Akan Maju dengan Mentaliti ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ — Warisan Seru Kepimpinan Berintegriti, Ada Visi dan Berdisiplin.

    KOTA KINABALU: Parti Warisan hari ini ingin merujuk kepada kenyataan terbaharu oleh Datuk James Ligunjang bertajuk “Sabah’s Remarkable Rise” yang disiarkan dalam JesseltonTimes. James sekali lagi mengulangi alasan lapuk yang…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *