Warisan Tidak Menggagalkan Penjualan Sabah Forest Industries (SFI) Kepada Pelangi Prestasi

Saya merujuk kepada dakwaan-dakwaan di sosial media yang dimainkan oleh beberapa pihak tertentu yang mengatakan bahawa Sabah Forest Industries (SFI) telah dimufliskan oleh Warisan.

Antara dakwaan dan fitnah yang dibuat termasuklah bahawa Warisan telah mengagalkan perjanjian jual-beli antara SFI dan Pelangi Prestasi pada tahun 2018 untuk membolehkan SFI dijual kepada pihak lain.

Abd. Aziz Taip

Dakwaan dan fitnah ini amat hebat sekali sehinggakan para wartawan bertanyakan kepada Datuk Seri Presiden, Shafie Apdal ketika Jelajah Iftar/Berbuka Puasanya samada Warisan penyebab SFI muflis.

Ingin saya katakan disini bahawa masalah kewangan SFI bermula lebih awal lagi sehingga operasinya dihentikan pada November 2016, yakni semasa Musa Aman merupakan Ketua Menteri negeri ini.

Masalah kewangan yang berterusan ini telah menyebabkan pemiutang SFI, Maybank Trustees Berhad telah melantik Penerima & Pengurus (Receiver & Manager)’ untuk menguruskan masalah hutang SFI melalui perniagaan dan penjualan aset syarikat tersebut.

Melalui satu proses tender yang dibuat, Pelangi Prestasi Sdn. Bhd. menjadi pembida tertinggi dengan harga belian RM1.2 billion dan seterusnya Perjanjian Jual Beli SFI ditandatangani.

Salah satu syarat utama dalam Perjanjian Jual Beli ini yang perlu dilaksanakan oleh Pelangi Prestasi sebelum mengambil alih aset SFI ialah syarikat ini mesti mendapatkan Lesen Membalak dari Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Syarat ini penting kerana Lesen Membalak SFI tidak boleh dipindah milik begitu sahaja untuk memastikan kepentingan Negeri Sabah tidak terjejas.

Ini adalah kerana SFI memegang konsesi balak yang besar didaerah-daerah berdekatan untuk tujuan pembangunan industri pulpa dan kertas maka konsesi SFI ini perlu ditamatkan terlebih dahulu sebelum konsesi baru pula diberikan kepada syarikat yang baru.

Ini bermakna, Perjanjian Jual Beli SFI tidak bererti selagi Pelangi Prestasi tidak diberikan Lesen Membalak oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Melalui SURATNYA bertarikh 7 Mac 2018 dan 5 April 2018, Kerajaan Negeri telah menyatakan kesediaannya untuk memberikan Lesen Membalak kepada Pelangi Prestasi dengan syarat syarikat tersebut “mengutamakan kebajikan warga SFI dan keduanya, menghidupkan semula industri pembalakan, pulpa dan kertas untuk menjana pekerjaan kepada ribuan pekerja SFI”. Ini ialah satu poin utama yang perlu diketahui ramai.

Selepas pertukaran Kerajaan Negeri Sabah ketika PRU14 pada tahun 2018, WarisanPlus telah mengharamkan pengeksportan kayu balak dan membekukan pemberian Lesen Membalak di negeri ini.

Menyedari bahawa Perjanjian Jual-Beli SFI masih berlangsung dan perjanjian tersebut terikat dengan syarat utama bahawa Pelangi Prestasi mesti mendapatkan Lesen Membalak dari Kerajaan Negeri (sebelum mengambil alih SFI), WarisanPlus membenarkan permohonan Lesen Membalak oleh Pelangi Prestasi diteruskan dengan syarat-syarat tertentu untuk menjamin industri pulpa dan kertas diteruskan sebaik-baiknya di negeri Sabah dimasa yang akan datang.

Dan berdasarkan kepada syarat yang diberikan oleh Kerajaan Negeri terdahulu melalui surat mereka diatas bertarikh 7 Mac 2018 dan 5 April 2018, Kerajaan Negeri melalui suratnya bertarikh  31 Januari 2019 menyatakan bahawa Lesen Membalak tersebut akan diberikan kepada Pelangi Prestasi dengan syarat syarikat tersebut menunjukkan kemampuannya dalam industri pulpa dan kertas dari segi pengalaman, kemahiran dan kewangan DAN pegangan ekuiti 30% keatas SFI oleh Kerajaan Negeri.

Syarat-syarat baru ini tidak dipersetujui oleh Pelangi Prestasi dan walaupun diberi lanjutan masa sebanyak 6 kali, syarikat tersebut tidak menunjukkan komitmennya untuk mengambil alih dan menghidupkan semula SFI serta industri pulpa dan kertas di negeri ini.

Jelas bahawa Pelangi Prestasi mempunyai niat lain apabila ia bercadang untuk membangunkan industri lain yang bukan sahaja tidak memberi manfaat kepada Negeri Sabah malah tidak ada pengalaman dalam cadangan-cadangan tersebut.

Maka bagaimanakah Warisan boleh dipersalahkan dalam hal ini sedangkan parti ini telahpun berusaha sedaya upaya untuk memastikan SFI dan industri pulpa dan kertas di Sabah dihidupkan dan dibangunkan semula dengan memastikan Pelangi Prestasi jujur dalam menunaikan komitmen mereka dalam hal ini?

Apa yang dibuat oleh parti Warisan ialah membantu Pelangi Prestasi dengan tidak menolak permohonan Lesen Membalak syarikat tersebut dan 3 syarat tambahan tersebut pula adalah untuk memastikan industri pulpa dan kertas yang selama ini didokong dan disokong oleh Kerajaan-kerajaan negeri sejak dahulu lagi demi pembangunan jangka panjang Negeri Sabah dan kesejahteraan warga Sabah keseluruhannya.

Sebagai anak watan Sipitang, saya akan mengusulkan kepada kepimpinan tertinggi parti untuk menjadikan Agenda Menyelamatkan SFI sebagai agenda utama parti kerana penduduk Sipitang semua tahu bahawa cuma SFI sahajalah yang mampu menjana ekonomi di daerah ini.

Abd. Aziz Taip
Ketua Bahagian Warisan Sipitang
Ahli Majlis Tertinggi Warisan

  • Related Posts

    Sabah Tidak Akan Maju dengan Mentaliti ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ — Warisan Seru Kepimpinan Berintegriti, Ada Visi dan Berdisiplin.

    KOTA KINABALU: Parti Warisan hari ini ingin merujuk kepada kenyataan terbaharu oleh Datuk James Ligunjang bertajuk “Sabah’s Remarkable Rise” yang disiarkan dalam JesseltonTimes. James sekali lagi mengulangi alasan lapuk yang…

    Read more

    Sabah Cannot Progress with ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ Mentality — We Need Leaders with Integrity, Vision and Discipline.

    PARTI Warisan today would like to refer to the latest statement by Datuk James Ligunjang, titled Sabah’s remarkable rise, JesseltonTimes. James continues parroting the same tired excuses while failing to grasp…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *