Program Jelajah Ramadan Terpaksa Dialihkan: Larangan Guna Masjid Cetuskan Pertikaian

PUTATAN, 28 Mac – Program Jelajah Ramadan yang sepatutnya berlangsung di Masjid Al-Jannah Kampung Petagas terpaksa dipindahkan ke Masjid Al-Amin Kampung Serigai dalam tempoh kurang 12 jam sebelum acara bermula.

Program ini melibatkan 300 asnaf serta 100 tetamu jemputan, termasuk kehadiran Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal.

Sinin Haji Matjin

Ketua Penerangan Parti Warisan Bahagian Putatan, Sinin Haji Matjin, menyuarakan rasa kecewa terhadap halangan saat akhir ini, yang didakwa bermotifkan politik.

“Ketika Warisan menerajui kerajaan, tidak pernah wujud dasar yang menghalang mana-mana pihak, termasuk pembangkang, daripada menggunakan kemudahan awam seperti dewan dan masjid bagi tujuan kebajikan masyarakat,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tangkap Layar WhatsApp

Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa Warisan sebelum ini pernah melarang pihak lain menggunakan masjid atau fasiliti awam, sambil menegaskan bahawa prinsip keterbukaan dan kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan parti.

Tindakan menghalang penggunaan masjid ini menimbulkan persoalan besar mengenai keadilan dan ketelusan dalam pentadbiran. “Masjid sepatutnya menjadi tempat penyatuan umat Islam, bukan medan politik untuk menyekat pihak tertentu,” tambah Sinin.

Pihak Warisan menyeru agar keadilan ditegakkan dan masjid tidak dijadikan alat politik sempit, sebaliknya kekal sebagai tempat ibadah dan kebajikan tanpa mengira fahaman politik.

  • Related Posts

    Masudal: Apa Sudah Jadi Dengan Kutipan Yuran Parkir?

    Berita mengenai seorang warga emas berusia 71 tahun yang dikenakan saman parkir ketika masih terkial-kial menggunakan telefonnya untuk membuat bayaran melalui aplikasi Sabah Smart Parking (SSP) menimbulkan persoalan serius mengenai…

    Read more

    Masudal : What Happened To The Parking Fees?

    Recent news of a 71-year-old senior citizen being slapped with parking summon while still fumbling with her phone to make payment via the Sabah Smart Parking (SSP) App has raised…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *