Notis Perjalanan ke Sabah membimbangkan

KOTA KINABALU: Beberapa pemimpin Parti Warisan hari ini telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang nasihat perjalanan ke Sabah yang telah dikeluarkan oleh beberapa negara Eropah yang mungkin akan menghalang pemain dari beberapa jenis sektor di negeri ini dari mendapat keuntungan sepenuhnya keatas penurunan matawang ringgit.

Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Tunku, Assafal P. Alian berkata parti tersebut terkejut apabila diberitahu bahawa nasihat ‘perjalanan hanya jika perlu ke Negeri Sabah’ telah dikeluarkan oleh United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) kepada warganegara mereka dan risiko penculikan dikatakan adalah tinggi di kawasan perairan Kudat dan Tawau.

“Satu lagi nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh kerajaan Kanada secara khusus menyebut ancaman penculikan dan keganasan yang dilakukan oleh militan dari Filipina terhadap pusat peranginan pelancong, restoran, kawasan pantai dan pulau-pulau di sepanjang Sungai Kinabatangan (Sukau) dan Sipadan.

Kita tidak tahu takat kerosakan yang disebabkan oleh semua nasihat ini tetapi jika pengembara mematuhinya, maka bayangkan bagaimana peluang pelancongan dan limpahan ekonomi yang mungkin boleh dinikmati oleh warga Pantai Timur Sabah hilang begitu sahaja sedangkan Ringgit yang rendah boleh memikat penduduk dari Eropah untuk datang dan membelanjakan dollar, pound dan Euro mereka di sini.

Saya percaya peluang keemasan yang mungkin terlepas ini bukan hanya dialami oleh pemain industri pelancongan dan hospitaliti kita tetapi juga POIC (berkaitan dengan pelabur MNC dari Eropah) dan Shareda (berkaitan dengan pembeli Sbh-MM2H dari Eropah),” keluhnya.

Parti itu juga mengulangi gesaan kepada Kerajan Persekutuan yang dibuat oleh Presidennya, Shafie Apdal untuk memindahkan pangkalan keselamatan dari barat ke pantai timur Sabah sebagai penyelesaian muktamad kepada penyeludupan, pendatang tanpa izin, lanun, penculikan, transit keganasan dan pencerobohan.

  • Related Posts

    Sabah Tidak Akan Maju dengan Mentaliti ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ — Warisan Seru Kepimpinan Berintegriti, Ada Visi dan Berdisiplin.

    KOTA KINABALU: Parti Warisan hari ini ingin merujuk kepada kenyataan terbaharu oleh Datuk James Ligunjang bertajuk “Sabah’s Remarkable Rise” yang disiarkan dalam JesseltonTimes. James sekali lagi mengulangi alasan lapuk yang…

    Read more

    Sabah Cannot Progress with ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ Mentality — We Need Leaders with Integrity, Vision and Discipline.

    PARTI Warisan today would like to refer to the latest statement by Datuk James Ligunjang, titled Sabah’s remarkable rise, JesseltonTimes. James continues parroting the same tired excuses while failing to grasp…

    Read more