CTC Dalam E-Invois Berpotensi Menyusahkan Rakyat Sabah

Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA), William Ng menyatakan beberapa hari yang lalu bahawa e-invois yang bakal diperkenalkan pada 1 Ogos ini masih akan memberi kesan kepada kumpulan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menjalankan perniagaan sebagai ‘Vendor’ kepada syarikat besar disebabkan oleh ‘Continuous-Transaction-Control (CTC)’ dalam rejim e-invois tersebut dan perkara ini perlu dilihat dengan serius oleh Kerajaan Negeri.

Chin Teck Ming

Ini adalah kerana sistem CTC berkemungkinan akan menjejaskan pendapatan Orang Asal Sabah yang menjual hasil produk pertanian mereka seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan air tawar di Tamu atau pasar terbuka mingguan lain di mana pembeli terbesar mereka ialah pengusaha-pengusaha restoran, cafe dan kedai makanan yang memerlukan bahan mentah yang segar untuk menu mereka.

Jika kita meneliti kenyataan SAMENTA mengenai mengenai CTC ini, kita akan mendapati bahawa Orang Asal Sabah yang berjualan di Tamu dan pasar terbuka mingguan ini akan dikehendaki untuk mengeluarkan e-invois mereka mulai 1 Julai 2025 dan mereka yang tiada kemahiran dalam IT mungkin tidak akan mampu berbuat demikian.

Hal ini akan memaksa pemain Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Sabah yang berkecimpung dalam industri pembuatan makanan dan minuman akan beralih untuk mendapatkan bekalan mentah mereka dari pasaraya ataupun pasaraya besar.

Keadaan drastik sedemikian akan menjejaskan Orang Asal Sabah yang bergantung sepenuhnya kepada pertanian tanaman kontan dan sistem tagal sebagai sumber utama pendapatan isi rumah mereka dan penurunan beberapa ratus ringgit dalam jualan bulanan akan menyebabkan mereka mendekati garis kemiskinan tegar.

E-invois juga tidak praktikal di Pedalaman Sabah di mana masalah capaian dan pengetahuan internet ialah satu cabaran jadi saya mencadangkan agar pegawai-pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Persekutuan (MIRB) melaksanakan program outreach mereka dan berinteraksi dengan pemain PMKS Sabah di sana terlebih dahulu untuk memahami kesukaran mereka.

Saya bersimpati dengan pemain PMKS Sabah yang menghadapi cabaran yang tidak berkesudahan yang disebabkan oleh bekalan air dan elektrik yang tidak menentu, infrastruktur yang menyedihkan, kos perniagaan yang tinggi, banjir dan kini, e-invois.

Warisan percaya pemain PMKS Sabah memainkan peranan yang sangat penting untuk memulihkan ekonomi Negeri yang semakin lemah maka oleh yang demikian, SAMENTA mungkin boleh bekerjasama dengan unit JPRN Warisan mengenai usaha untuk mengecualikan e-invois di Sabah.

Kita semua tahu bahawa apabila undang-undang telah diterima dan dilaksanakan, penguatkuasaan akan dibuat dengan tegas tanpa mengira keadaan melainkan pengecualian atau penangguhan telah dipersetujui dan ditakrifkan dengan jelas.

Chin Tek Ming
Peguam untuk Parti Warisan
16 Julai 2024

  • Related Posts

    GRS’ “Economic Success” Claim Is Built on Propaganda and Half-Truths — Warisan’s Record Speaks for Itself

    Kota Kinabalu — The attempt by Datuk John Ambrose to paint the Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-PH government as an “economic success story” compared to the Warisan administration is a textbook…

    Read more

    Sabah Tidak Akan Maju dengan Mentaliti ‘Gaji Tidak Cukup Makan’ — Warisan Seru Kepimpinan Berintegriti, Ada Visi dan Berdisiplin.

    KOTA KINABALU: Parti Warisan hari ini ingin merujuk kepada kenyataan terbaharu oleh Datuk James Ligunjang bertajuk “Sabah’s Remarkable Rise” yang disiarkan dalam JesseltonTimes. James sekali lagi mengulangi alasan lapuk yang…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *