Bina Semula Parit Yang Ditimbus di Taman Ceriamas, Putatan.

PUTATAN : Parti Warisan Bahagian Putatan hari ini menggesa Kerajaan Negeri Sabah untuk memastikan pembinaan semula parit di Taman Ceriamas, Putatan yang telah ditimbus dengan tanah ketika kerja-kerja pembinaan Balai Bomba Putatan dijalankan.

Menurut Ketua sayap wanita bahagian tersebut, Puan Juriah Uda yang telah melawat taman tersebut bersama ahli jawatankuasanya, parit yang ditimbus itu perlu dibina semula dengan segera untuk mencegah kerosakan berterusan keatas rumah-rumah di taman itu.

“Para penghuni Taman Ceriamas memberitahu kami bahawa parit yang telah ditimbus ini menyebabkan air bertakung di perkarangan rumah mereka setiap kali hujan lebat turun.

Saya juga dimaklumkan bahawa mereka telahpun membuat aduan melalui pelbagai saluran seperti surat, email dan hotline kepada Majlis Daerah Putatan tetapi tidak ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan ini selepas hampir 8 bulan menunggu.

Ini jelas menunjukkan kelemahan Kerajaan Negeri pimpinan GRS dari segi pentadbiran daerah dalam isu-isu yang berkepentingan awam.

Mereka juga memberitahu kami bahawa parit yang telah ditimbus ini telah dipenuhi dengan rumput tinggi yang melebihi pagar rumah dan mereka terpaksa meracun rumput ini kerana risau akan ada kehadiran binatang liar seperti ular dan lipan bara yang akan memasuki rumah-rumah di taman ini,” katanya hari ini selepas melawat taman tersebut.

Juriah juga menyatakan kekecewaannya terhadap ketidak-pedulian Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan terhadap aduan yang dibuat oleh warga Putatan.

“Sebelum ini, pemaju Taman Ceriamas telahpun membina parit mengikut arahan dan spesifikasi sepertimana yang diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan tetapi kini, arahan tersebut pula tidak dipatuhi. 

Maka oleh yang demikian, saya menasihatkan agar agensi Kerajaan Negeri yang terlibat dalam semua projek pembinaan di Putatan seperti pihak berkuasa tempatan dan JKR untuk memastikan koordinasi dipatuhi agar infrastruktur sedia ada tidak terjejas,” katanya.

  • Related Posts

    Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

    Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600…

    Read more

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *