Keputusan Untuk Mengkaji Semula Parkir Dialu-Alukan

Saya, Junny Clement Simol, Ketua Wanita Warisan Penampang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden Majlis Perbandaran Penampang (MPP), Francis Chong yang telah mengumumkan keputusan Majlis untuk merujuk semula kadar parkir kereta di beberapa kawasan Perniagaan dan Komersil di daerah Penampang.

Keputusan MPP ini sudah tentunya akan membawa kelegaan kepada semua terutamanya golongan tua, pesara serta mereka yang berpendapatan rendah di daerah ini.

Sekali lagi kami dari Wanita Warisan Penampang ingin menyatakan di sini bahawa kami menyokong pengenalan sistem parkir kereta di Bandar Donggongon dan juga di lain-lain kawasan perniagaan dan komersil di daerah ini kerana ini boleh membantu dalam merancakkan ekonomi daerah ini tetapi kadar yang dikenakan sepatutnya berpatutan.

Junny Clement Simol

Kami berpendapat isu yang sebenarnya boleh dielakkan ini timbul kerana sesi libat urus tidak dilaksanakan terlebih dahulu di antara penduduk awam serta pemegang taruh (stakeholders) di Kapayan dengan Majlis Daerah Penampang (pada ketika itu) sebelum kadar parkir yang tinggi itu dikenakan.

Kami berharap, isu ini dijadikan pengajaran kepada semua terutamanya oleh wakil rakyat yang mewakili DUN Kapayan kerana pembayaran parkir kenderaan ini melibatkan kawasan DUN Kapayan.

Sebagai organisasi yang aktif berjumpa dengan akar umbi mengenai isu ini, Wanita Warisan Penampang dan wakilnya juga bersedia untuk turut serta dalam sebarang sesi dialog ataupun perjumpaan antara MPP dan pemegang taruh dalam rujukan kadar parkir yang baru ini.

Junny Clement Simol
Ketua Wanita
Parti Warisan Bahagian Penampang
4 Oktober 2024

  • Related Posts

    Masudal: Apa Sudah Jadi Dengan Kutipan Yuran Parkir?

    Berita mengenai seorang warga emas berusia 71 tahun yang dikenakan saman parkir ketika masih terkial-kial menggunakan telefonnya untuk membuat bayaran melalui aplikasi Sabah Smart Parking (SSP) menimbulkan persoalan serius mengenai…

    Read more

    Masudal : What Happened To The Parking Fees?

    Recent news of a 71-year-old senior citizen being slapped with parking summon while still fumbling with her phone to make payment via the Sabah Smart Parking (SSP) App has raised…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *