Pastikan UPPM dan JKKK Jalankan Tugas Mereka

PENSIANGAN: Kerajaan Negeri Sabah digesa untuk memberikan bantuan kecemasan dengan kadar segera kepada penduduk Sabah di kawasan Pedalaman untuk mengurangkan ancaman banjir disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan.

Hakisan Tebing Sungai yang Mengancam Nyawa dan Kediaman Penduduk Kampung

Menurut Mudi Dubing yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian Warisan Pensiangan, Ketua Menteri Hajiji Mohd Noor juga sepatutnya memberikan arahan kepada pemimpin-pemimpin akar umbi seperti Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) yang berada di bawah kawal-selia Jabatan Ketua Menteri untuk dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk memastikan aliran sungai ataupun parit tidak membahayakan nyawa serta kediaman penduduk kampung.

Mudi Dubing
AMT Warisan
Ketua Bahagian Warisan Pensiangan

“Merujuk kepada kesulitan yang dihadapi oleh penduduk kampung di Kg. Tuarid Taud, Keningau, hujan lebat yang berterusan telah mengancam beberapa buah rumah apabila air sungai yang meningkat dan mengalir dengan deras telah menghakis tebing sungai sehingga runtuh.

Benedict Martin
Penyelaras Warisan Bingkor

Saya telah diberitahu bahawa ancaman ini sebenarnya diketahui oleh UPPM Bingkor dan Jabatan Parit dan Saliran (JPPS) dan sejak beberapa tahun yang lalu, mereka telahpun membuat lawatan beberapa kali serta menjanjikan bantuan penambakkan batu/gabion namun menurut penduduk kampung, tidak ada sebarang kerja-kerja telah dibuat sehingga ke hari ini.

Antara pemilik rumah yang terkesan ialah saudara Raimin Rahimin dan beberapa rumah yang lain berhampiran dengan tebing sungai dan atas rayuan penduduk kampung yang terkesan, Penyelaras Warisan DUN Bingkor – Cikgu Benedict Martin Gunir telah menghulurkan sedikit bantuan 5 kotak gabion dan 1 trip batu besar’ demi untuk mengurangkan ancaman terhadap nyawa serta rumah kediaman penduduk di sini.

Persoalan di sini ialah mengapakah GRS tidak proaktif untuk membantu mengatasi masalah ancaman terhadap nyawa dan harta benda penduduk kampung di kawasan Pedalaman?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mudi juga mengatakan bahawa dia tidak setuju jika alasan kelewatan memasang gabion di Kg. Tuarid Taud ini ialah kerana Kerajaan Negeri Sabah tidak mempunyai peruntukkan secukupnya untuk membolehkan kerja-kerja dimulakan.

“Jika Ketua Menteri dan GRS boleh menggunakan jutaan ringgit untuk pelbagai jenis karnival dan perayaan dengan kanopi serta cabutan bertuah bernilai puluhan ribu ringgit, takkanlah pemasangan gabion ini tidak boleh dibuat?

Oleh yang demikian, saya menggesa agar Kerajaan Negeri menyemak dan meluluskan dengan kadar segera semua permohonan pemasangan gabion di tebing sungai serta lereng bukit yang berpotensi mengancam nyawa serta kediaman penduduk kampung di kawasan Pedalaman terutamanya di kawasan yang sering dilanda banjir.

Dan kita juga tahu bahawa perubahan iklim yang telah menyebabkan kadar hujan turun yang lebih tinggi di Negeri Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberi gambaran kepada kita semua bahawa hakisan tebing sungai dan runtuhan tanah bukit akan menjadi lebih kerap di masa hadapan.

Maka oleh yang demikian, saya akan mengusulkan kepada Ahli Majlis Tertinggi parti tentang keperluan untuk menjadikan kedua-dua isu ini sebagai agenda utama parti dan apabila Warisan membentuk Kerajaan Negeri yang baru, kita perlu pastikan Majlis Tindakan Daerah, UPPM dan JKKK melaksanakan tanggungjawab mereka untuk rakyat Sabah.

  • Related Posts

    Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

    Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600…

    Read more

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *