Berikan Perhatian Serius Terhadap Infrastruktur Asas Di Putatan

Jalanraya di Kg. Talang Taun, Putatan yang memerlukan parit yang sempurna untuk mengalihkan air hujan

PUTATAN : Parti Warisan Bahagian Putatan hari ini menggesa pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Negeri Sabah untuk memberikan perhatian serius terhadap masalah banjir kilat yang semakin kerap terjadi di Kampung Talang Taun, Putatan yang kini mengancam harta benda penduduk kampung.

Menurut Joseph Joy yang merupakan Naib Ketua Bahagian parti tersebut, dia telah menerima banyak aduan daripada penduduk setempat mengenai ancaman banjir kilat di kampung tersebut yang dipercayai berpunca dari ketiadaan sistem perparitan untuk mengalirkan air hujan dengan baik.

Joseph Joy
Naib Ketua Bahagian
Parti Warisan
Putatan

“Saya difahamkan bahawa rentetan episod banjir kilat yang terjadi disini adalah dipercayai berpunca dari ketiadaan sistem perparitan yang sempurna dan pada masa yang sama, jalanraya berlubang yang dipenuhi air pula menjadi ‘perangkap’ yang hanya menunggu mangsanya.

Setiap kali hujan lebat, sebilangan rumah yang berada di kawasan rendah disini akan dipenuhi dengan air maka sistem perparitan di Kampung Talang Taun ini perlu dirancang, dibina dan diselenggara dengan baik.

Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak berkuasa dan agensi kerajaan yang berkaita mengambil langkah penyelesaian yang segera untuk menangani isu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, bekas Ahli Majlis Daerah Putatan, Asdin Minin menyatakan kebimbangannya mengenai ketiadaan laluan pejalan kaki untuk murid-murid SMK Petagas di Jalan Sekambu.

Asdin Minin
Bekas Ahli Majilis Daerah
Putatan

“Walaupun SMK Petagas telahpun beroperasi selama lebih dari 3 tahun, masih belum ada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan bahawa  kemudahan asas laluan pejalan kaki berbumbung untuk para pelajar dan ibubapa ini dimulakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Jalan Sekambu yang tidak mempunyai laluan pejalan kaki berbumbung dan ini merbahaya kepada pelajar sekolah kerana laluan sekarang amat dekat dengan kenderaan di jalanraya

Laluan khas ini amat penting kerana ianya boleh memastikan keselamatan para pelajar, terutama ketika waktu puncak persekolahan iaitu waktu pagi dan petang, terjamin,” jelasnya.

Beliau juga menggesa pemimpin akar umbi GRS khususnya Unit Pemimpin Pembanguna Masyarakat (UPPM) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar lebih peka terhadap perkara ini dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan segera demi keselamatan para pelajar serta pengguna jalanraya yang lain.

  • Related Posts

    Belanjawan Sabah 2026: Pendidikan dan Kebajikan Murid Perlu Diberi Perhatian Serius

    Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada 12 Disember 2025 memperuntukan sebanyak RM26.06 juta bagi bantuan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis kepada 227,600…

    Read more

    Laporan Suku Tahunan Tidak Akan Membaiki GLC Sabah – Hajiji Mesti Hentikan Pelantikan Kroni dan Kembalikan Kepimpinan Berasaskan Merit

    Daniel John JambunPresiden, Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS)12 Disember 2025 Change Advocate Movement of Sabah (CAMOS) memandang dengan berhati-hati dan penuh kebimbangan terhadap arahan terbaharu Ketua Menteri Hajiji Noor…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *