Segerakan Permohonan Tanah Penduduk Kampung Di Parlimen Kimanis

Saya merujuk kepada mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sabah minggu lalu mengenai proses permohonan tanah oleh penduduk-penduduk kampung di negeri ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dari peringkat tertinggi hinggalah ke terbawah sekali yang bertungkus lumus untuk menyegerakan proses permohonan tanah yang tinggi di negeri ini.

Tailin Mainan

Penggunaan sistem PANTAS dan ICT sememangnya membantu dalam mempercepatkan lagi proses permohonan ini dan saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri menambah tenaga kerja di daerah-daerah yang memperlihatkan permohonan yang tinggi.

Saya juga meminta Kerajaan Negeri khususnya Jabatan Tanah & Ukur Sabah untuk meneliti permohonan tanah yang dibuat oleh penduduk-penduduk kampung di Parlimen Kimanis seperti berikut :

– Kg. Simpang Satu, Bongawan /  200 ekar / 40 orang pemohon,
– Kg. Pulou Satu, Mandahan / 100 ekar / 35 orang pemohon,
– Kg. Padang Talantang, Bongawan 450 hektar / 105 keluarga,
– Kg. Puluh Gayo Talantang 87 hektar / 18 pemohon
– Kg. Garamatoi Ulu Kimanis 1,401 ekar / 226 pemohon

Untuk pengetahuan semua, Kg. Simpang Satu, Bongawan kini berada dalam proses penanaman getah berkelompok oleh LIGS, Kg. Pulou Satu, Mandahan sudah disukat tetapi belum dikeluarkan gerannya manakala Kg. Padang Talantang, Bongawan pula sudah dibuat permohonannya sejak pentadbiran PBS lagi.

Kg. Puluh Gayo Talantang pula sudah dipohon sejak tahun 1983 lagi dan pada tahun 2020, LIGS telah melaksanakan skim penanaman getah berkelompok disini.

Pemilikkan tanah ialah satu perkara yang penting untuk masyarakat Orang Asal Sabah khususnya dari etnik KDMR dan salah satu kunci untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan kebergantungan dengan bantuan kewangan sara hidup daripada Kerajaan lebih-lebih lagi pada masa sekarang dimana perniagaan pertanian yang diusahakan secara strategik menjanjikan pulangan yang lumayan.

Untuk perkara ini, saya bersama rakan-rakan yang lain yang merupakan mantan-mantan pemimpin masyarakat bersedia untuk membantu pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dalam menyegerakan permohonan tanah-tanah di Parlimen Kimanis ini.

Tailin Mainan
Timbalan Ketua Bahagian
Parti Warisan Bahagian Kimanis

  • Related Posts

    Masudal: Apa Sudah Jadi Dengan Kutipan Yuran Parkir?

    Berita mengenai seorang warga emas berusia 71 tahun yang dikenakan saman parkir ketika masih terkial-kial menggunakan telefonnya untuk membuat bayaran melalui aplikasi Sabah Smart Parking (SSP) menimbulkan persoalan serius mengenai…

    Read more

    Masudal : What Happened To The Parking Fees?

    Recent news of a 71-year-old senior citizen being slapped with parking summon while still fumbling with her phone to make payment via the Sabah Smart Parking (SSP) App has raised…

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *