Penduduk Kampung Petagas, Putatan merasa bimbang terhadap kehadiran sekumpulan anjing liar yang mengancam keselamatan penduduk setempat.
Minggu lalu, saya kebetulan lalu depan sebuah rumah dan saya melihat sekumpulan anjing liar berkeliaran di depan rumah penduduk kampung.
Situasi ini membimbangkan kerana pernah terjadi insiden di mana seorang budak kecil digigit oleh anjing liar.
Isu anjing liar ini patut dipandang serius oleh pihak kerajaan. Ini bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk, tetapi bahaya sebagai pembawa penyakit kepada orang ramai. Jika perkara ini dibiarkan berleluasa, ibubapa risau anak-anak kecil mereka terancam ketika bermain di perkarangan rumah sendiri.
Majlis Daerah Putatan perlu proaktif dalam memantau masalah anjing liar dalam Daerah Putatan . Diharap pihak PBT jangan ambil tindakan menangkap dan kemudian lepaskan di daerah bersebelahan Putatan, ini hanya lah penyelesaian sementara. Tindakan ini mengakibatkan daerah lain berhadapan dengan masalah ini. Rakyat memerlukan solusi yang berkesan bukan tindakan melepas batuk ditangga.
Isu anjing liar ini bukan sahaja berlaku Di Putatan, malah seluruh Sabah. Pihak Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan tidak ada perancangan secara menyeluruh di semua PBT Sabah untuk mengatasi masalah anjing liar.
Adakah kesejahteraan dan keselamatan rakyat bukan keutamaan kerajaan ?
Juriah Uda
Ketua Wanita Warisan
Bahagian P173 Putatan


